Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa Al-Quran mesti disampaikan kepada semua manusia tanpa tunduk kepada apa sahaja bentuk halangan.
Nampaknya pandangan Harun bertentangan dengan pandangan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyokong cadangan agar dihapuskan bacaan AlQuran sebelum azan subuh jika mengganggu tidur orang lain dalam isu itu di Pulau Pinang.
Menurut apa yang dilaporkan oleh Harakahdaily, Harun yang terkenal sikap Islam ortodoksnya, menjelaskan bahawa tanggungjawab itu telah diterjemahkan dalam satu peristiwa yang berlaku ke atas Saidina Abu Bakar r.a sendiri ketika diberikan himayah (perlindungan keselamatan) oleh Ibnu Doghinah iaitu salah seorang pemimpin musyrikin pada ketika zaman permulaan Islam.
“Perlindungan keselamatan yang telah diberikan oleh Ibnu Daghinah ini telah digunakan oleh Saidina Abu Bakar r.a. untuk membaca dan mengajar al-Quran di rumah, ianya telah mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai sehinggakan menggelisahkan pemimpin musyrikin.
“Pemimpin musyrikin telah mengadukan hal tersebut kepada Ibnu Daghinah, lalu Ibnu Daghinah memanjangkakan hal tersebut kepada Saidina Abu Bakar r.a, lantas Saidina Abu Bakar memutuskan untuk tidak menggunakan himayah atau perlindungan tersebut kerana ingin meneruskan misi dakwahnya membaca dan mengajar al-Quran kepada orang ramai di rumah tersebut,” ujar beliau lagi.
Menyentuh berkenaan amalan mengejutkan orang ramai sebelum Subuh (bacaan Quran melalui audio sistem), beliau seterusnya menjelaskan, pada zaman dulu diriwayatkan orang ramai agak sukar bangun pada awal pagi untuk bersolat Subuh, lalu sahabat mengambil tindakan berjalan mengelilingi kawasan tersebut untuk mengejutkan mereka sebelum Subuh.
“Dulu ada azan pertama, tapi kalau tak ada azan pertama, maka tak salah kalau menggunakan cara yang sesuai yang tidak bercanggah dengan Islam untuk mengejutkan orang ramai terutamanya pada zaman sekarang yang mana manusia agak jauh dari amalan Islam,”
DAP Cuba Perdayakan Pas Konon Faham Islam walhal hampas tak akan terima Islam. Mereka panda bermuka-muka, hidup dengan tipu daya iblis laknatulaah untuk menyesatkan umat Islam sekaliannya.
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment