"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday, 1 July 2011

Pintu rundingan sudah ditutup, ISA bakal digunakan..kata Timbalan KPN..!

Syabas PDRM..!!!, Bayangan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal menjelma dan digunakan kepada penganjur perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Jul 2011 jika diteruskan. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Dato Seri Khalid Abu Bakar - Timbalan KPN pada sidang media hari ini. Dalam masa yang sama pihak polis telah 'MENUTUP' pintu rundingan dengan mana-mana pihak yang tetap dengan pendirian meneruskan perhimpunan haram nanti.

Berdasarkan kenyataan itu, saya berpendapat pihak polis sedang dalam perancangan untuk melakukan tangkapan secara besar-besaran kepada pimpinan tertinggi pengajur Bersih 2.0. Manakala ianya tidak terkecuali bagi mana-mana pertubuhan seperti Patriot, Perkasa, Persatuan Silat dan lain-lain yang turut menyatakan komitmen untuk turun berhimpun pada 9 Jul nanti.

Tambahnya, pihak polis akan menggunapakai semua peruntukan undag-undang bagi mengekang perhimpunan haram ini. Yang jelas ISA bakal dikenakan kepada penghasut rakyat untuk menyertai Bersih.

Dalam pada itu, NGO's seperti Perkasa, Patriot, Persatuan Silat, Persatuan Belia dan lain-lain lagi sudah jelas menyatakan pendirian mereka bahawa sekiranya Bersih tetap diadakan, mereka akan meneruskan perarakan menghalang pendemo-pendemo haram untuk mencetuskan huru hara di ibu negara. Mudahnya, mereka dilihat bersedia untuk diambil tindakan atas apa yang bakal berlaku nanti.

Jika diamati, perarakan oleh kumpulan penyokong kerajaan di Pulau Pinang hari ini sudah jelas memberi implikasi kepada penduduk sekitar. Antaranya menyebabkan laluan jalan raya mengalami kesesakan sehingga kenderaan terpaksa berhenti di tenga-tengah jalan. Manakala, majoriti peniaga di sekitar tempat perarakan terpaksa menutup premis-premis perniagaan takut berlaku kejadian yang tidak diingini.

Bayangkan, jika Bersih yang berhasrat mengumpul ratusan ribu rakyat akan mewujudkan implikasi yang sama seperti hari ini. Bahkan, lebih dari itu, kerana sudah tentu ianya akan memberi kesan kepada pengguna jalanraya di sekitar tempat perhimpunan dan juga peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur. Sepertimana yang berlaku pada tahun 2007 yang mengakibatkan ramai peniaga-peniaga mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda mereka ketika bertempur dengan pihak keselamatan.

Justeru itu, kepada penganjur bebal keras kepala Bersih 2, bersiap sedialah kamu semua dengan semboyan ISA yang bakal dikenakan terhadap kamu sekiranya tetap berkeras ingin mengadakan perhimpunan pada 9 Jul 2011.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.