Sombong atau takut, itulah yang bermain di pemikiran masyarakat di Buluh Kubu terhadap sikap kerajaan Pas Kelantan yang enggan memberi kelulusan untuk majlis makan bersama rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak, yang datang melawat Kelantan esok.
Menurut Pak Rahim berkata sepatutnya Najib makan malam bersama rakyat Kota Bharu di Buluh Kubu esok namun pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tidak memberi kebenaran atas alasan jalan itu adalah sibuk dan majlis makan malam itu akan menghalang lalulintas.
Penduduk kampung merasakan ianya bukanlah alasan yang kukuh kerana aliran trafik boleh rancang bagi laluan alternatif. Sebenarnya mereka tidak mahu rakyat Kelantan bertemu Najib dan tidak mahu Najib melihat keburukan pentadbiran Pas yang gagal sedia rumah murah untuk rakyatnya.
Biarpun 20 tahun memerintah, Pas tidak pernah bina rumah murah untuk rakyat. Mungkin kerajaan Pas hendak tutup malu atau mereka sombong tidak mahu Perdana Menteri tegur kesilapan mereka.
Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh kebanyakkan masyarakat di Kota Bharu terutama golongan muda tidak mampu memiliki rumah disebabkan harga rumah di bandar itu mencecah RM200,000 sendangkan pendapatan golongan muda adalah rendah iaitu RM1,000 sebulan. Malah, golongan muda ini hanya mampu menyewa dan ada diantara mereka terpaksa hidup di rumah emak dan ayah mereka, biarpun sudah berkeluarga.
Sehingga kini lebih daripada 2,800 rakyat di Kota Bharu memerlukan rumah mampu milik dan secara keseluruhan di Kelantan seramai lebih 6,364 rakyat di negeri Kelantan di seluruh daerah memerlukan rumah mampu milik itu.
Kegagalan menyediakan rumah mampu milik itu adalah disebabkan kepimpinan Pas Kelantan yang gagal menyediakan rumah sejak 21 tahun memerintah Kelantan. Justeru itu, Umno merasakan bertanggungjawab untuk memperjuangkan keperluan itu untuk rakyat.
Hidup gelombang Merah...!!!!!!
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Saturday, 2 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment