Apa makna ‘REVOLUSI’ ? Bukankah revolusi bermakna menukar satu pemerintahan baru di Malaysia secara rusuhan kepada satu bentuk pemerintahan baru, ‘REPUBLIK’ yang tidak dipilih melalui sistem amalan demokrasi, pilihan raya yang diamalkan sebelum ini ?, soal Abdul Ghani Haron ketika dihubungi AIDCNews.
Abdul Ghani yang juga bekas exco Pemuda Parti Keadilan Nasional dihubungi untuk mengulas kenyataan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan akan melakukan revolusi di Malaysia sepertimana yang berlaku di negara-negara Timur Tengah.
Anwar membuat kenyataan itu sebagai susulan daripada perhimpunan haram BERSIH, 9 Julai lalu. Kenyataan Anwar disiarkan dalam VIVAnews.com, portal Indonesia yang memetik kenyataan Anwar dari The Guardian, 10 Julai 2011. Klik di sini
“Seandainya Anwar benar-benar mahu melakukan revolusi di Malaysia, bermakna benarlah dakwaan Ummi Hafilda sebelum ini ?, soal Abdul Ghani lagi.
Ummi Hafilda Ali dalam satu majlis ceramah di Bandar Jerteh, Terengganu, Mac lalu, mendedahkan Ketua Umum PKR itu bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Timbalan Presiden.
Ummi Hafilda yang juga adik bongsu Timbalan Presiden PKR itu, mendedahkan bahawa beliau mendengar sendiri cita-cita rakus Anwar itu melalui abangnya, Azmin Ali yang memberitahu kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar, suatu ketika dulu.
Katanya, Anwar juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa nanti. Klik di sini
Pada 10 Julai lalu, Anwar mengulangi pendiriannya mahu mewujudkan revolusi di Malaysia ketika bercakap dalam sesi dialog bersama profesional muda di Petaling Jaya, yang menganggap Malaysia kini di ambang “Revolusi Bunga Raya” iaitu merujuk kepada bunga kebangsaan.
“Kita (sudah) tiada keyakinan (lagi) ke atas kerajaan jadi adalah penting bagi Najib mempertimbangkan dengan serius kita dekat dengan satu revolusi ” kata Anwar yang mengambarkan Malaysia kini sedang mengalami ketegangan kaum yang semakin meningkat. Klik di sini
Justeru itu, Anwar berharap golongan muda di negara ini akan menyambut baik hasratnya ke arah revolusi itu. Klik di sini
Menurut rekod, sejarah revolusi kebanyakannya dirujuk kepada revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789–1799, dimana sistem pemerintahan beraja dan peranan agama dihapuskan dan diganti dengan sistem pemerintahan rakyat menjadi sebuah negara Republik Rakyat Perancis yang berteraskan cogan kata “Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan”.
“Pihak berwajib harus melihat perkara ini sebagai ancaman keselamatan negara. Ini satu perancangan yang amat serius, jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru nak ambil tindakan.
“Kalau revolusi sudah berlaku di negara ini, menyesal pun sudah tiada gunanya lagi”, kata bekas exco Pemuda Keadilan itu.
Menurutnya, ancaman Anwar itu tidak boleh dipandang ringan kerana kedudukannya kini amat kritikal dan terdesak yang memungkinkan Ketua Umum PKR itu melakukan apa sahaja.
” Ketika Anwar amat terdesak dengan kes liwatnya, tidak mustahil beliau sanggp melakukan apa sahaja demi untuk menyelamatkan dirinya.
“Saya cadangkan elok Anwar lakukan revolusi terhadap dirinya terlebih dahulu supaya tidak lagi dikaitkan dengan kes liwat, sebelum mahu merevolusikan negara”, katanya.
Sumber berita : AIDC News
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Sunday, 17 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment