"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Saturday 16 July 2011

Khalid Samad buat hal lagi nak berdemo di Stadium Melawati..!

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamed Satim Diman mempertikaikan cadangan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran (Himpunan Malawati) di Stadium Malawati bagi menjelaskan tujuan sebenar perarakan Bersih pada 9 Julai lalu. Menurutnya, tindakan itu dianggap sengaja dilakukan untuk mencetuskan semula keadaan huru-hara di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang mendakwa, pihak pembangkang mempunyai agenda tersendiri untuk memecah-belahkan perpaduan kaum di Malaysia dan ingin menunjukkan kepada dunia luar bahawa keadaan politik di negara ini tidak stabil.

Terdahulu, Khalid yang Ahli Parlimen Shah Alam memberitahu satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan segera sebelum Ramadan bagi menangkis gambaran negatif kerajaan Barisan Nasional berhubung perarakan Bersih minggu lalu.

Yang menariknya beliau mencadangkan perhimpunan itu nanti turut dihadiri Datin Paduka Marina Mahathir dan ahli keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad (ahli PAS) selain mengadakan program solat hajat, ceramah, penerangan serta memanggil penganjur Bersih.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP , Dr Tan Seng Giaw menyokong cadangan tersebut dan menggesa pihak polis mempertimbangkan hasrat mereka untuk mendapatkan permit bagi berhimpun secara aman. Mereka sememangnya tidak serik untuk mencari jalan bagi tujuan kepentingan politik semata-mata

Menurut beliau, perhimpunan yang dicadangkan itu akan diteruskan bagi menyuarakan tuntutan terhadap kerajaan supaya melaksanakan pilihan raya bersih dan adil seperti yang dilakukan pada 9 Julai lalu.

Sumber berita : MSTAR Online

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.