"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Wednesday, 6 July 2011

Belum buat demo, Khalid Gagap kata stadium Shah Alam akan rosak??

Jika mereka (Bersih) nak gunakan stadium Shah Alam boleh tetapi dengan syarat. Antaranya mereka yang hadir perlu berdisiplin, menjaga tata tertib dan yang paling utama, jika berlaku sebarang kerosakan, penganjur Bersih perlu membayar ganti rugi. Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid Ibrahim kepada Bersih sekiranya mereka ingin mengadakan perhimpunan di Stadium Shah Alam.

Gambar hiasan
Maknanya, mereka bukan tidak tahu bahawa perhimpunan haram 9 Jul 2011 nanti sememangnya banyak mewujudkan kemusnahan kepada harta benda awam disekitar bandar Kuala Lumpur. Tetapi oleh sebab keegoian dan kebebalan mengikut telunjuk bapa temberang Anwar Al Juburi, maka terpaksa menjadi pak turut yang setia  membabi buta tanpa mengambil kira suara majoriti rakyat yang cintakan keamanan.

Jika betul ingin berdemo, sepatutnya dari awal lagi penganjur sudah membuat kata putus menganjurkan perhimpunan di Stadium Shah Alam kerana negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat. Justeru, mereka tiada halangan daripada kerajaan negeri jika berbuat demikian. Namun, kenapa mereka beriya-iya sangat ingin mengadakan demo haram di tengah-tengah ibu kota pada waktu sibuk? Sudah Gaharu cendana Pula, Sudah tahu bertanya pula.

Kita sudah tahu niat asal mereka iaitu sengaja ingin mencari jalan untuk membuat kacau bilau dan huru hara dalam negara seolah-olah kerajaan sediada sudah ditentang oleh rakyat. Jika Pakatan Rakyat ingin merampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan melalui jalan demonstrasi, jangan harap kerana rakyat hari ini sudah bangun dari tidur dan tersedar dari mimpi banggang Pakatan Rakyat. Puihhh...!

Tengok apa kata Khalid Ibrahim.... >DISINI<

"Bagaimanapun penganjur perhimpunan itu perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan iaitu ia diadakan dalam keadaan aman tanpa sebarang kekacauan"

"Mereka perlu berdisiplin, tertib dan terkawal, jika berlaku sebarang kerosakan mereka perlu menanggung kosnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perumahan Mampu Milik Selangor 2011 di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita yang ingin tahu sama ada pihaknya akan membenarkan perhimpuan haram itu diadakan di Stadium Shah Alam.

"Saya tidak boleh komen mengenai sama ada mereka akan meneruskan (perhimpunan haram itu) ataupun tidak, tetapi sekiranya mereka mahu menggunakan Stadium Shah Alam, saya benarkan dengan syarat

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.