"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday, 10 April 2011

PAS Semakin Terdesak Mendakwa Calon Telah Diugut Untuk Dibeli!

Gempar lagi hari ini apabila PAS telah membuat satu laporan Polis mendakwa salah seorang calon mereka yang bertanding di DUN Tanjung Datu didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu. Laporan tersebut telah dibuat di balai Polis Lundu oleh seorang wakil PAS iaitu Syed Abd Rahman Syed Hussin.


NANI SAARI



Mereka mendakwa calon PAS iaitu Nani Saari telah dihubungi oleh seeorang yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Polis ketika dalam rangka kempen dari rumah ke rumah. Tak pasal-pasal polis pula cuba dikaitkan dengan aktiviti kempen kali ini. Mereka sedar ataupun tidak, bahawa jangan sesekali cuba mengeheret pihak Polis dalam kacah politik kotor yang memang tidak masuk akal.





Selain itu, mereka juga mendakwa pihak polis sudahpun mengesahkan bahawa nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi calon adalah daripada Bukit Aman. Ini semua dakyah putar belit PAS untuk mencemar nama baik pihak polis yang sudah diketahui umum sejak dari dulu lagi. Mereka memang anti kepada pihak Polis semasa dalam pilhanraya kerana banyak aktiviti mereka tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak keselamatan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.