AJ difahamkan PAS akan mengadakan solat hajat perdana pada Khamis ini bertujuan untuk memohon kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya Sarawak. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Nik Aziz dan Hj Hadi kepada semua penyokong-penyokong mereka di seluruh negara samada di lakukan secara individu mahupun berkumpulan.
Target PAS kali ini untuk memastikan sekurang-kurangya menang satu kerusi yang mana mereka mempertaruhkan 5 calon pada pilihanraya kali ini. Calon-calon PAS yang bertanding adalah Adam Ahid (Sebuyau), Abang Ahmad Kardee (Beting Maro), Abang Eddy (Sadong Jaya), Noraini Hamzah (Muara Tuang) dan Nani Shaari (Tanjung Datu).
Mudah-mudahan Nik Aziz dan Hj Hadi turut berhajat bagi kemenangan BN di Sarawak untuk memastikan PKR tidak ada langsung mendapat kerusi...
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Sunday, 10 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment