Meskipun hujan lebat dengan guruh berdentum di langit, namun ceramah Dr Hassan Ali dan Hassan Basri tetap berjalan seperti biasa. Itu semua atas kehendak dan ketentuan Allah SWT. Yang baik datang daripadaNya manakala yang buruk itu biasanya datang dari kelemahan kita sebagai manusia.
Aku cuma nak cakap 'tabik' kepada penduduk sekitar Manjung walaupun dalam keadaan hujan lebat sejak Mahgrib, ceramah berkenaan akidah yang disampaikan Dr Hassan Ali tetap berjalan seperti biasa. Hadirin tidak berganjak dari tempat duduk di grand stand stadium Majlis Perbandaran Manjung.
Aku nak ambil gambar pun susah sebab sesak dengan hadirin dicelah-celah tangga grand stand semata-mata nak dengar ceramah Dr Hassan Ali. Boleh dikatakan setiap penjuru grand stand dipenuhi hadirin malah ada yang sanggup berpayung di tengah padang dan tidak berganjak hingga selesai ceramah jam 12 malam.
Harap maaf sebab nak ambil gambar susah pasal hujan lebat maklum saja amik gambar pun guna telefon bimbit masih zaman batu. Kalau dapat daripada member nanti boleh update kemudian.
Kalau nak tahu yang datang ke majlis itu, bukan saja orang UMNO dan tidak berparti tetapi banyak juga ahli dan penyokong PAS yang setia kepada Dr Hassan Ali. Sekejap tadi saya terbaca dalam blog Manjung Mari yang menyatakan bahawa cuaca hujan disebabkan majlis itu tidak diberkati Allah.
Aku cuma nak tanya Manjung Mari ini Islam ke kapir??? Kalau pasal hujan turun dia kata majlis tidak berkat, dia ni Tuhan ke?? Cuba habak maiiii. Hati memang dah gelap pekat termakan penangan DAP inilah jadinya. Tidak tahu membezakan yang hak dan yang batil.
Jangan nak bercakap soal hakikat dan ketuhanan kalau ilmu sekupang pun tak mencukupi.
P/S : Tiap-tiap bulan sapu duit pencen bagi anak bini makan. Kesian betul aku tengok blogger tahap bodoh gaban kat Manjung ni..
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Tuesday, 28 February 2012
Meskipun hujan lebat hadirin tak berganjak dengar ceramah Dr Hassan Ali di Manjung
Labels:
NGO' Kerajaan,
PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment