"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday, 13 January 2012

Komplot merebut jawatan Perdana Menteri semakin ketara dalam PR

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 64, amat teringinkan menjadi Perdana Menteri (PM) negara dan beliau melaungkan diri beliaulah yang lebih layak.

Tanpa sebarang persetujuan daripada pakatan, antara Pas dan DAP, Anwar hanya bertepuk sebelah tangan.Kemudian Naib Presiden Pas Nasharddin Mat Isa berkata orang yang paling layak jadi PM adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,80.


DAP juga pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi PM tetapi sekarang mereka hanya mampu menutup mulut setelah isu pelantikan Menteri Besar Perak mengikut perkenan Sultan, menjadikan DAP tidak berani buka mulut.

Hakikatnya tiada sebarang persetujuan dicapai antara ketiga-tiga parti ini untuk siapa sebenarnya layak menjadi PM.Ia bakal mencetuskan perbalahan dalaman antara mereka yang akhirnya membawa kepada perpecahan.

Namun antara tiga parti ini, ramai tidak sedar bahawa mereka wujud di atas pakatan tidak berdaftar sebagai pertubuhan, menyebabkan tiada sebarang komitmen atau janji yang boleh dipercayai antara mereka.

Berlainan dengan Barisan Nasional, ia mempunyai ikatan dalam pertubuhan mereka dan penghormatan sebarang janji antara parti harus diakur.

Jadi pada pilihan raya nanti bagi pembangkang, parti mana yang mendapat banyak kerusi akan menentukan siapa menjadi PM bukan persetujuan antara Pas, DAP dan PKR.

Maka jika dilihat dari segi penguasaan kerusi di Parlimen, DAP atau PKR antara yang lebih layak untuk mencalonkan PM mereka. Pas hanya tinggal angan-angan kerana mereka fokus kepada kerusi DUN.

Justeru, kepada Melayu yang sokong pembangkang anda boleh pilih siapa bakal PM jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum nanti, sama ada Al-juburi Anwar atau anti Islam pro komunis DAP.

- Kelatekito

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.