KOTA BHARU - Kalau menteri dan timbalan menteri serta hakim mahkamah digesa membuat pengisytiharan harta mereka termasuk ahli keluarga mereka demi menjamin ketelusan kerajaan, maka pembangkang juga wajar mengambil langkah sedemikian.
Naib Presiden Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA), Arif Hakimi Zulkifli berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta ahli keluarganya termasuk menantu, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman wajar mengisytiharkan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Arif Hakimi berkata langkah itu bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.
"Kita mahu keluarga Menteri Besar telus kerana selama beliau digambarkan pemimpin zuhud dan hidup dalam keadaan sederhana termasuk tinggal di rumah kampung, tetapi sebenarnya memiliki rumah besar.
"Kita tidak mahu rakyat terus tertipu dengan persepsi yang sudah lama ditanam dalam laporan internet," katanya.
Justeru katanya, Nik Abdul Aziz wajar menyatakan pendirian sama ada dia bersedia untuk berbuat semikian atau berselindung dengan persepsi kononnya mereka hidup sederhana.
Nik Abdul Aziz didedahkan Kelatekito kerana memiliki sebuah istana besar yang bersambung dengan belakang rumah kayunya.
Pendedahan itu dibuat setelah tingkat atas istananya itu dirakam di laporan internet.
Selain itu, menantunya, Abdul Ariffahmi juga mempunyai kenderaan mewah serta sebuah banglo dan cara kehidupan kedua-dua ahli keluarga Nik itu dilihat bertentangan dengan dakwaan mereka yang hidup sederhana.
Abdul Ariffahmi juga masih didalam siasatan SPRM sejak 2009 terhadap penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ketika beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif. Namun tiada perkembangan kes itu diumumkan SPRM.
--KELATEKITO.NET
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment