"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday, 21 October 2011

Ngeh Ko Ham akan berdepan tindakan saman oleh Dr Zambry

Menteri Besar Perak Dr Zambry bin Abd Kadir memberi peluang kepada Ngeh Ko Ham, Pengerusi DAP Perak dalam tempoh 24 jam untuk menarik balik kenyataan fitnah jika tidak mahu berdepan dengan tindakan saman. Tindakan ini diambil Zambry berikutan satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ngeh mendakwa Zambey telah meluluskan tanah seluas 68,503 ekar dan menjual 60,561.75 ekar tanah pertanian atau industri dengan nilai RM375 bagi setiap 0.4 hektar.


Selain itu, tambah Zambry tindakan Ngeh yang membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan itu adalah tidanka terdesak dan cuba mengalihkan perhatian apabila tidak dapat mengemukakan bukti setelah diminta berbuat demikian. Justeru, Zambry telah meminta sepasukan peguam untuk mengambil tindakan saman ke atas Ngeh kerana tempoh yang diberikan sudah tamat.

"Saya telah beri masa 24 jam kepada Ngeh untuk membuat penjelasan dan memohon maaf tetapi dia lakukan sebaliknya. Daripada memohon maaf, Ngeh buat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM)...Ngeh sedar dia tersepit dan sebagai jalan keluar dia telah menggunakan taktik ini pula," katanya kepada pemberita di sini.

Zambry, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor sebelum itu mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pangkor.

Menteri Besar berkata beliau telah meminta sepasukan peguam untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Ngeh kerana masa yang diberikan kepada Ngeh memohon maaf telah tamat.

Ngeh, yang juga Adun Sitiawan, sebelum ini mendakwa Menteri Besar telah meluluskan tanah seluas 68,503 ekar dan menjual 60,561.75 ekar tanah pertanian atau industri dengan nilai RM375 bagi setiap 0.4 hektar.

Berikutan itu, Zambry telah meminta Ngeh supaya membuat permohonan maaf dalam masa 24 jam, bagaimanapun Ngeh hari ini bertindak membuat laporan di SPRM Perak meminta siasatan dijalankan berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, berkata beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan MIC untuk meletak Presiden parti, Datuk G Palanivel sebagai calon BN di kawasan Parlimen Sungai Siput.

"Sebagai Presiden baru menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu, ada baiknya beliau bertanding di Sungai Siput tetapi walau apapun keputusan terpulanglah kepada parti itu untuk memutuskannya," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.