"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday, 6 October 2011

Inikah standard Wakil Rakyat kita berbahas di Parlimen

Inikah standard Wakil Rakyat yang dipilih untuk mewakili rakyat bagi membawa usul dan membahaskan perkara-perkara yang memberi manfaat dan faedah kepada rakyat. Sejak dulu hingga sekarang mentaliti Wakil Rakyat masih ditakuk lama asyik berdebat dengan cara melatah dan langsung tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.

Saya terpanggil untuk menceritakan serba sedikit tentang sessi perbahasan mengenai pemansuhan Akta Kediaman Terhad yang telah dibentangkan Perdana Menteri. Ketika sessi perbahsan, berlaku kekecohan dan percanggahan pendapat antara wakil Pokok Sena, Mahfuz Omar dengan wakil Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman.


Persoalannya, apa sebenarnya motif Mahfuz Omar mengaitkan 'Operasi Lalang' yang berlaku pada tahun 1987. Adakah Mahfuz merasakan operasi yang membawa kepada penahanan ISA itu telah menyebabkan dirinya menjadi cacat anggota badan sedangkan ramai dikalangan penyokong kerajaan ketika itu turut ditahan di bawah ISA. Ingin mengetahui terperinci mengenai Operasi Lalang klik DISINI.

Inilah namanya perjuangan yang memerlukan seseorang itu berjiwa kental, berani serta sanggup menghadapi apa jua cabaran. Jika tidak, jangan bercakap soal perjuangan kerana itulah resipi yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu kejayaan.

Begitu juga dengan cara wakil dari Pasir Salak yang bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati terhadap Speaker. Sebagai Wakil Rakyat, kita perlu menerapkan nilai-nilai peribadi yang tinggi kerana apa jua tindakan kita sentiasa menjadi perhatian rakyat.

Adakah ini standard wakil rakyat yang dipilih untuk berjuang mendapatkan hak rakyat?. Tindakan speaker itu perlu dilihat dari sudut yang positif kerana dewan merupakan medan untuk berbahas perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada rakyat. Bukannya tempat berbalah sesama sendiri mengenai isu remeh temeh.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada Rabu mencabar kerajaan untuk mengambil tindakan terhadapnya jika kenyataan beliau ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Kediaman Terhad berbaur hasutan.

"Saya tidak akan menarik balik kenyataan di dalam dewan tadi. Jika kenyataan itu dianggap menghasut boleh dakwa saya di mahkamah. Saya hanya mengingatkan kembali sejarah ketika Operasi Lalang," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang memintanya menarik balik kenyataan mendakwa Pemuda Umno menghasut orang Melayu menyertai himpunan sejuta umat Melayu pada 1987.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahanTajuddin sekaligus menyebabkan suasana di dewan bertukar kecoh seketika.

Tajuddin terus bangun meminta Mahfuz menarik balik kenyataan tersebut tetapi ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk.

Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, dilihat keluar meninggalkan dewan.
Mahfuz mendakwa Pemuda Umno pada waktu itu menghasut orang Melayu untuk membawa senjata tajam pada perhimpunan itu.

"Tindakan itu memaksa Ketua Politik melakukan Operasi Lalang untuk menghalang perhimpunan itu. Akibatnya, saya dan beberapa pemimpin lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.
Dipetik dari : MStar Online

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.