"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday, 2 October 2011

Buat renungan bersama sebelum kita dibinasakan

Beginilah keadaan mangsa ribut taufan Nesat yang melanda Manila ibu negara Filipina tiga hari yang lepas yang terpaksa berlindung di tempat perlindungan sementara. Justeru itu, rasa bersykur hidup di bumi bertuah Malaysia kerana masih di bawah perlindungan Yang Maha Pencipta. Semoga kita sama-sama merenung jauh bahawa dunia ini hanya sementara dan tidak kekal. Jika Allah berkehendakkan binasa, nescaya sekelip mata saja dan ketika tidak kira ulamak atau pun yang jahil tetap dipanggil bersama untuk mengadap Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.