"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Saturday, 22 October 2011

Apa pandangan anda mengenai fesyen tudung ini

Kalau tuan-tuan selalu menggodek laman facebook yang bercirikan dunia fesyen semestinya tidak terlepas melihat iklan-iklan berkaitan dengan fesyen tudung. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai fesyen tudung yang menjadi perbualan hangat di laman-laman facebook iaitu fesyen tudung yang kelihatan sama tapi tak serupa dengan rahib kristian.

Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

- Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Berdasarkan gambar yang dipaparkan dibawah, apa persepsi anda mengenai fesyen tudung yang menjadi kegilaan diiklankan di laman facebook dewasa ini.





No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.