"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday, 23 October 2011

Ambil iktibar apa yang disarankan oleh Muhyiddin Yassin

Semua peringkat samada pemimpin atau ahli biasa dalam BN perlu mengambil iktibar kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden BN supaya menyelesaikan segera masalah dalaman untuk berhadapan PRU akan datang. Memang tidak dinafikan bahawa sejak dari dulu lagi, apabila hampir musim pilihanraya, pelbagai masalah yang berlaku samada melibatkan parti komponen BN mahupun UMNO itu sendiri.


Topik hangat yang biasa menjadi isu tidak lain dan tidak bukan berkisar mengenai perebutan untuk menjadi calon. Masing-masing telah merancang strategi untuk diketengahkan menjadi calon dan lazimnya masalah ini paling ketara berlaku diperingkat bahagian. Ironinya, apa yang disarankan oleh pucuk pimpinan parti supaya pemimpin di peringkat bahagian sentiasa bersatu padu tidak diendahkan dan semakin bertambah parah.

BERNAMA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan parti komponen Barisan Nasional (BN) segera menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing dan tidak menunggu sehingga tiba Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Bimbang dengan pergeseran dalaman parti, Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau telah mengadakan proses pertemuan dengan pemimpin parti komponen bagi membincangkan soal persiapan parti masing-masing menghadapi PRU nanti.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata beliau telah memanggil beberapa pemimpin bahagian dan memaklumkan kedudukan bahagian mereka seterusnya langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki hubungan dan masalah sesama mereka.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas menghadiri majlis ‘Penerangan Perdana Nurani Rakyat Sayangi Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri’ di sini hari ini.

Mengenai laporan penyelidikan oleh OSK Research yang meramal BN mempunyai peluang cerah memenangi PRU ke-13, Muhyiddin berkata walaupun berita itu menggembirakan namun mengingatkan ahli komponennya supaya tidak selesa dengan laporan itu.

“Maklumat yang diterima itu mungkin disampaikan oleh ahli-ahli kita berdasarkan kerja yang dibuat di bawah. Tetapi betul kita harus ada satu pihak lain yang boleh menilai kenyataan itu. Saya tidak mahu pertikai mungkin mereka ada asas-asas. Tetapi kami juga dalam parti tidak boleh hanya mengharapkan itu sahaja tanpa ada usaha kerja,” katanya.

Katanya masih banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat benar-benar memahami kesungguhan dan keikhlasan BN untuk membantu mereka.

“Jangan kita rasa yakin atau rasa selesa, kita punya tugas yang masih mencabar…banyak tanggungjawab yang perlu kita perlu laksanakan tetapi yang paling utama ialah perpaduan dalam parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.