Berhati-hati dengan wanita yang berpakaian purdah dan berjubah kerana dikhabarkan, kumpulan geng penipu yang dipercayai warga Arab kini muncul kembali. Mereka menggunakan modes operandi berpura-pura ingin bercakap dan bertanyakan sesuatu, kemudian bertindak melarikan barang-barang berharga kebiasaannya barang kemas.
KUANTAN – Selepas menyepi hampir setahun, kumpulan penipu dipercayai membabitkan warga asing dari Asia Barat yang memakai jubah dengan si wanita berpurdah muncul semula dengan taktik dan penampilan sama untuk mendapat rezeki mudah.
Dua kes terbaharu kelmarin membabitkan dua suspek wanita, seorang suspek lelaki dan membawa seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan melarikan barang kemas di dua buah kedai emas di Pahang.
Kedua-dua kes yang berlaku selang setengah jam tersebut dipercayai membabitkan suspek sama yang masing-masing berusia lingkungan 30-an.
KES PERTAMA
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, seorang pengurus kedai emas wanita berumur 20-an di Jalan Dato Abdullah, Raub kerugian hampir RM4,000 apabila seutas gelang emas dilarikan kumpulan suspek ala pelancong Arab.
Suspek-suspek yang berbahasa Inggeris itu masuk ke kedai emas pengadu dan meminta melihat beberapa utas gelang emas.
“Pengadu mengeluarkan beberapa utas gelang emas sebelum suspek-suspek membelek setiap satu gelang tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Shamsudin Wan Osman ketika dihubungi semalam.
Sumber : Kosmo Online
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Wednesday, 7 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment