"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday, 22 September 2011

Tanah di Sek.10 Lorong Gajah Mati, Kota Bharu dirampas Kerajaan Kelantan

Jika sebelum ini orang asli mendakwa kerajaan negeri PAS Kelantan merampas tanah mereka untuk projek Ladang Rakyat yang memberikan kemewahan kepada kroni. Kemudian diikuti isu peniaga Bazar Tok Guru dikelentong daripada perjanjian asal di mana keluasan kedai serta sewanya tidak mengikut perjanjian asal dan janji PAS dalam PRU 12.

Terbaru ianya merebak kepada isu penduduk sekitar Lorong Gajah Mati Kota Bharu Kelantan pula mendakwa tanah mereka diambil oleh kerajaan negeri PAS tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Ekoran tindakan zalim tersebut penduduk telah mengadakan tunjuk perasaan semalam (18 Sept. 2011)

Pihak MPKB-DRI bermain tarik-tali dengan mendakwa pengambilan tanah di kawasan tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan. Namun dalam kelam-kelibut rakyat penduduk Lorong Gajah Mati ini merintih percayakah anda tiada seorang pun Adun/MP PAS yang turun jenguk dan dengar aduan mereka ini.

Jelas sekali konsep negara berkebajikan yang ingin dilaksanakan oleh PAS hanya mendatangkan faedah kepada kroni-kroni pemimpin mereka dan bukannya mensasarkan manfaat untuk rakyat. Adakah ini yang dikatakan konsep adil dan berkebajikan pada hemat PAS???. Rakyat Kelantan terus dibelengu masalah kesempitan hidup sehingga memberi impak kepada permasalahan lain seperti gejala sosial dan sebagainya sedangkan pemimpin mereka tetap berrgaya dengan kereta mewah.

JALAN GAJAH MATI – Selepas 415 rakyat Kelantan membantah terhadap sikap menipu Pas kerana tidak memenuhi janji pilihan raya umum 2008, kini timbul pula isu rakyat dihalau di tanah mereka sendiri. Dahulu 415 para peniaga dari persatuan Arked Uda dan Pasar Lama MPKB ditindas kerana mereka akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru yang sempit serta harga yang mahal daripada yang dijanjikan Pas iaitu dari RM40,000 selot kedai kepada harga RM90,000.

Akibatnya wakil persatuan peniaga itu membidas Menteri Besar Kelantan dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen kawasan Kota Bharu kerana tidak berunding dengan peniaga dahulu dan cuba menipu mereka.

Akhir sekali kerajaan Pas tunduk malu dengan kuasa rakyat Kelantan yang beberapa kali mengadakan demonstrasi bantahan dengan menawarkan lot kedai pada harga RM63,000.

Malangnya dengan isu terbaru kali ini, timbul lagi satu kekejaman Pas apabila kira-kira 300 penduduk di Seksyen 10, Lorong Gajah Mati, di sini, memprotes di jalanan bagi membantah pengambilan balik tanah mereka oleh kerajaan Kelantan yang didakwa tidak mengikut prosedur. 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.