"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday 30 September 2011

PAS dan PKR dah mula bercakaran akibat merebut kerusi DUN Pangkor

Aku langusung tak terkejut kalau pasal berebut kerusi Parlimen mahupun DUN dikalangan Pakatan Rakyat sebab memang dah jadi tabiat mereka dipenuhi dengan sifat tamak dan haloba. Cerita terbaru ini berlaku di kawasan Parlimen Lumut di mana sudah kedengaran perebutan kerusi DUN Pangkor antara PAS dan PKR.

Untuk makluman, DUN Pangkor merupakan kerusi yang kini dimenangi oleh BN (UMNO) yang diwakili oleh Dato Seri Dr Zambry Abd Kader selaku Menteri Besar Perak. Kerusi ini diperuntukan Pakatan Rakyat kepada wakil PKR untuk bertanding dan kali ini, PAS cuba mempertaruhkan ayam tambatan mereka, bekas Laksamana (B) Imran untuk bersaing dengan Dr Zambry.

Namun, hasil perbincangan bersama Pakatan Rakyat negeri Perak, PKR menegaskan akan bertanding di DUN Pangkor pada pilihanraya akan datang dan sekiranya PAS mahu mengambil alih kerusi berkenaan, perlu mencari kawasan lain sebagai ganti. Jika tidak PKR berkeras untuk tidak melepaskan kawasan DUN Pangkor kepada PAS.

Akhirnya PAS kering gusi kerana selama ini mereka bermati-matian menjangkakan kawasan DUN Pangkor akan menjadi milik mereka untuk dipertandingkan. Kisah ini turut dipaparkan oleh blogger pro PAS yang terkenal dengan bahasa kesat iaitu Manjung Mari dan Otai Manjung.

Untuk makluman Manjung Mari merupakan pesara kerajaan dan difahamkan setiap bulan ketika gaji keluar, dia sentiasa berbaris panjang untuk mengambil duit pencen dari mesin ATM. Hehehe..makan duit kerajaan tetapi bahasa yang digunakan untuk mencaci kerajaan cukup kesat. Apa penilaian anda tentang manusia sebegini?

P/S : Masih tak serik masuk hospital baru-baru ini bila dah sihat jadi kaki temberang.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.