"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Saturday, 10 September 2011

Mat Sabu akan saman Utusan Malaysia kerana mendedahkan kebenaran

Timbalan Presiden PAS saudara Prof Mohamad Bin Sabu telah membuat keputusan untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan kenyataannya menghina pejuang negara pada muka depan. Katanya, penyiaran artikel bertajuk 'Mat Sabu Hina Pejuang' telah menjejaskan kredibiliti belia selaku Timbalan Presiden PAS hingga mendapat kecaman dan cemuhan dari pelbagai pihak.


Malah, Mat Sabu turut memberi tempoh 24 jam kepada akhbar Utusan Malaysia untuk menarik balik penyiaran berita berkenaan sekiranya tidak mahu berdepan dengan tindakan saman. Maknanya, laporan penyiaran kenyataan Mat Sabu yang menghina pejuang oleh Utusan Malaysia sememangnya memberi impak yang begitu besar terhadap reputasi beliau sebagai ahli politik.

Hari ini, majoriti rakyat bercakap mengenai Mat Sabu malah, ada yang sebelum ini tidak kenal siapa Mat Sabu menjadi kenal siapa sebenarnya Mat Sabu. Secara tiba-tiba rating Mat Sabu menjadi tinggi dan ini turut diakui oleh seorang kenalan rakan saya. Sebelum ini beliau tidak ambil kisah pasal politik, tetapi apabila isu ini menjadi hangat, akhirnya telah membuka mata beliau untuk menilai tahap pemikiran pemimpin-pemimpin PAS.

Katanya, Mat Sabu sepatutnya diambil tindakan di bawah ISA dan tidak perlu menjadi rakyat Malaysia dan perlu memohon secara terbuka kepada semua keluarga atau waris pejuang kemerdekaan dan juga pejuang-pejuang terdahulu yang mati berjuang membateras ancaman pengganas komunis.

Tambahnya, Mat Sabu bercakap tidak berdasarkan fakta dan hanya berdasarkan pembacaan buku yang tidak dikaji secara mendalam. Ini merupakan penkhianat sebenar kepada bangsa Melayu dan tidak layak berada di Malaysia". Katanya. Baca selanjutnya kisah Mat Sabu nak saman Utusan Malaysia DISNI.

P/S : Mat Sabu nak saman Utusan Malaysia manakala keluarga dan waris pejuang Balai Polis Bukit Kepong serta pejuang kemerdekaan pula akan saman beliau. Kita tunggu dan lihat siapa yang jadi papa kedana dan merempat.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.