"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Saturday, 24 September 2011

Kesalahan apa sampai kena bakar hidup-hidup

Tak tahu apa jenis kesalahan yang mereka telah buat sampai dihukum bakar hidup-hidup. Inilah yang berlaku di negara Kenya sebuah miskin di Afrika Selatan. Rasanya yang dibakar itu melibatkan satu keluarga kerana terdapat lelaki dan juga wanita.

Nasib baik berada di Malaysia kerana masih berpegang kepada undang-undang yang memberi hak kepada rakyat untuk membela diri. Cuma, jika Kerajaan Kelantan melaksanakan Hudud suasananya mungkin berbeza dan inilah yang paling ditakuti DAP. Namun, kata-kata Nik Aziz bukannya boleh dipegang buku, sebab jika dulu mereka berpeluk dengan DAP, sekarang ini makin erat ibarat tidur sebantal dan mandi sebilik.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.