"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 20 September 2011

Husam Musa saman blogger Kickdefella RM5 juta

Disebabkan tidak tahan menerima cemuhan, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya menersi tiga artikel tahun ini. Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Baru petang ini.


Defendan diminta menyiarkan permohonan maaf dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk ‘Husam telah menipu rakyat dan sahabat’ pada 27 Januari 2011, artikel ‘Sebelum kita lupa Normalam Sudirman’ yang diterbitkan pada 3 Februari 2011 dan artikel ‘Husam itu pembohong’ pada 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian Bahasa Malaysia selama satu hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Berdasarkan info yang boleh dipercayai, sekiranya menang dalam saman itu, Husam akan menyalurkan wang tersebut kepada dana pilihanraya parti PAS.


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.