"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 20 September 2011

Agenda Mat Syabu membawa pulang Chin Peng ke Malaysia

Setuju atau tidak jika saya katakan bahawa Mat Syabu sebagai talibarut komunis? Atau mungkin waris kepada pengganas komunis yang berketurun Melayu Cina. Jika tidak masakan Mat Syabu sanggup menjulang Mat Indera sebagai pejuang negara tulen manakala anggota yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong sebagai talibarut penjajah.


Cerita terbaru mengenai Mat Syabu sekarang ini dalam usaha mengadakan perbincangan sulit dengan pemimpin kanan DAP seperti Guang Eng untuk mendesak kerajaan memberi pengampunan kepada Jeneral Komunis Chin Peng yang kini masih dalam buangan di negara jiran.

Ini semua tidak mustahil kerana siapa yang tidak tahu hubungan Mat Syabu dengan Guang Eng yang begitu akrab ibarat abang dan adik. Nak atau tidak, Mat Syabu mesti patuh dan dengar apa yang disuruh oleh Guang Eng.

Jadi tidak salah kiranya saya menggambarkan bahawa Mat Syabu sekarang ini sudah sampai ke peringkat menjadi tukang cuci tahik Guang Eng. Lebih sedap lagi jika saya mentafsirkan bahawa PAS kini sebenarnya sudah menjadi tukang cuci tahik kepada DAP dan sanggup melakukan apa saja asalkan mereka diberi kuasa.

Maknanya, PAS juga secara tidak langsung menjadi rakan baik parti yang mendewakan idealogi komunis seperti DAP. Bahkan, jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah, PAS turut merestui negara ini ditadbir berdasarkan idealogi komunis yakni mengamalkan pemerintahan secara 'Liberal Demokratik'.

P/S : PAS dijangka akan menukar slogan mereka " Hidup Islam, Hidup Kebajikan dan Hidup DAP"

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.