"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 2 August 2011

Pintu taubat masih terbuka buat Nik Aziz..!

Keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin serius dan dikatakan telah disahkan menghidap sejenis barah.


Difahamkan perkara tersebut telah disahkan oleh sekumpulan pakar yang merawatnya ketika dimasukkan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) beberapa sebelum Ijtimak Pilihan Raya Pas Kelantan.

Khabarnya lagi, kanser tersebut sukar dikawal kerana Nik Aziz turut menghadapi masalah jantung dan diabetes. Pada masa kini, Mursyidul Am Pas itu terpaksa mengikuti beberapa proses kemoterapi untuk memastikan barah tidak terus merebak.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Nik Aziz dimasukkan ke hospital kerana sakit perut.

Beberapa pihak sebelum ini mempertikaikan keadaan kesihatan Nik Aziz tambahan pula dia tidak mampu untuk mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat penting dan membiarkan orang lain membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.