"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday 23 August 2011

Nik Aziz kata setuju, Din Pudu pula tak setuju.memang tidak konsisten

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas usaha menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP).

Ucapan terima kasih itu sebagai tanda bahawa pemimpin tertinggi Pas amat menghargai hasil usaha Najib dalam membawa pembaharuan ke dalam sistem pilihan raya sekaligus mebuktikan ketelusan kepimpinan Barisan Nasional.

Malahan sikap Nik Aziz itu secara tidak langsung mengiktiraf kebaikan kerajaan BN terhadap rakyat dan juga kepada pembangkang.


Dalam sidang medianya, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berharap penubuhan JTP oleh kerajaan merupakan peluang terbaik ke arah menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pilihan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjalan secara bersih dan adil.

"Saya bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu supaya ia mampu menjamin pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR berjalan secara bersih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan juadah hari raya kepada anggota pasukan keselamatan sempena Aidilfitri di sini .

Kenyataan Nik Aziz itu Sekaligus membuktikan tindakan mengadakan perhimpunan haram seperti Bersih pada 9 Julai lepas tidak mampu memberikan impak yang positif kepada rakyat mahupun negara.

Ini kerana JTP itu ditubuhkan melalui perbincangan dan bukannya hasil daripada desakan demonstrasi haram di jalanan yang merugikan rakyat negara ini. Malahan kerajaan mengambil keputusan itu demi memperelokkan lagi sistem yang sudah baik.

Tindakan demonstrasi dan dakwaan palsu pembangkang sebelum ini tidak menjejaskan persepsi kerajaan kerana melalui JTP ini juga ia akan mendedahkan betapa tuduhan palsu pembangkang sebelum ini hanyalah satu penipuan semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.