Harakah menyiarkan muka depan akhbar Sinar harian itu dua hari yang lepas dan menyalahkan akhbar tersebut kononnya sengaja membuat berita sensasi apabila menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik". Lidah rasmi Pas yang bercabang itu mendakwa ekoran itu timbul kekeliruan di kalangan orang ramai apakah sikap sebenar PAS dalam isu penggunaan biometrik dalam pilihan raya umum akan datang kerana pemimpin lain PAS memaklumkan parti itu menolak penggunaan biometrik.
Ekoran kemarahan ramai ahli PAS berhubung perkara itu, semalam Nik Aziz membuat kenyataan berlainan daripada yang dilaporkan akhbar Sinar Harian itu dengan menolak penggunaan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum dan menafikan beliau menyokong sistem itu sebelum ini.
"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak.Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat."Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, semalam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sistem biometrik itu kerana sistem itu terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.
Ditanya sama ada di Kelantan terdapat pertindihan dalam senarai pendaftar pemilih, Nik Abdul Aziz berkata kini Pas Pusat sedang membuat satu semakan dijangka siap sepenuhhnya di seluruh negara dua minggu lagi.
Persoalannya apakah jenis pemimpin Pas yang menukar-nukar pendiriannya demi dilihat selari dengan parti berbanding bertegas pada kenyataan sebelumnya? Tepuk dada tanya diri maing-masing adakah benar Nik Aziz telah menjadi nyanyuk atau sebaliknya?
No comments:
Post a Comment