"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 21 June 2011

Wakil Rakyat DAP 'kurang ajar' dan memang 'bededah tunjuk lagak'..!

Salam perjuangan kepada rakan-rakan..

Nampaknya DAP sekali lagi membuat kejutan melampau apabila timbul isu terbaru mengenai semua Wakil Rakyatnya di Sarawak enggan mengenakan pakaian rasmi semasa majlis perasmian Sidang DUN hari ini. Alasan yang diberikan sungguh tidak masuk akal yang menyifatkan pakaian seragam berkenaan mahal dan terpaksa memakai songkok yang kononnya melanggar kehendak agama mereka (kristian).


Biarpun tidak ada peruntukan khas yang mewajibkan setiap wakil rakyat perlu memakai pakaian rasmi, setidak-tidaknya DAP harus faham tentang adat susila yang selama ini dijunjung dan dipelihara ketika hadir di majlis perasmian DUN.

Memang jelas dan nyata, DAP semakin besar kepala dan terlalu kurang ajar setelah mendapat sedikit kuasa yang diberikan oleh rakyat. Sebelum ini, kejadian yang sama pernah berlaku kepada Wakil Rakyat Pantai Remis, PERAK Nga Kor Ming yang melakukan perkara yang sama iaitu tidak mengenakan pakaian rasmi ketika hadir perasmian Sidang DUN Perak.


Inilah wajah sebenar rakan baik PAS dan PKR yang dipimpin oleh majoriti Melayu beragama Islam yang semakin hari semakin 'kurang ajar' dan boleh dikatakan spesis Wakil Rakyat sial dan tidak bertamadun.

Begitu juga dalam isu pilihanraya masjid yang dicadang akan dilaksanakan di Pulau Pinang di mana DAP merupakan 'perancang utama' mengemukakan idea berkenaan. Namun, kita amat bernasib baik kerana cadangan itu mendapat perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu cadangan tersebut ditangguhkan buat semetara waktu. Alasan yang konkrit bagi menjaga kepentingan rumah Allah yang menjadi lambang perpaduan umat Islam.

Amat malang kepada PAS yang masih berdamping dengan parti cauvanis ini yang mana semua sedia maklum mereka sedang giat berusaha untuk memastikan PAS kekal menjadi rakan pakatan mereka demi mencapai agenda yang tersembunyi.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.