Macamana dengan diri anda ketika mengahdiri kursus yang agak membosankan? Lain kalau kursus yang anda hadir itu menepati citarasa dan kehendak anda sudah tentu tidak mengalami situasi seperti ini. Berikut beberapa tips untuk mencegah kebosanan ketika hadir berkursus........
1. Beli sebungkus gula-gula getah atau kopiko. Waktu puncak mata berada di tahap paling kritikal adalah selepas makan tengah hari. Waktu tu, bayang penceramah sudah kelihatan seakan tiang lampu. Mata hitam bertukar kelabu. Jalan terbaik, kunyahlah sesuatu!
2. Membuka laman web tertentu semasa kelas dijalankan bagi mengelakkan kebosanan. Antara laman web yang dicadangkan adalah facebook, blogspot, youtube, 4shared dan sebagainya. Apabila puan penceramah memantau di setiap komputer, pastikan pautan-pautan tadi dipangkah serta-merta dan laju-laju buka espkb atau laman web berkaitan kursus.
3. Menulis nota berantai dan pass pada rakan sebelah. Nota berangkai tersebut bolehlah berkisarkan cerita hantu. Kemudian pass pada rakan sebelah untuk cerita hantu tersebut disambung. Dan seterusnya sehingga satu kelas dapat giliran. Bila tiba turn anda semula, sila rampas mikrofon di tangan penceramah dan sila baca hasil karangan itu kuat-kuat.
4. Membaling kertas yang dironyok pada kawan anda. Kalau kawan anda tak pusing ke belakang, anda boleh mencuba membaling dengan kerusi pula. Kalau tak layan juga, anda senyap-senyap merangkak di lantai, kemudian bila sampai di depan mejanya, Bachakk sekuat hati kasi dia terkejut. Dengan itu, seluruh kelas akan menjadi lebih ceria.
5. Paling legend sekali apabila anda cuba mengetuk meja 3 4 kali. Cuba cari tempo muzik. Pastu paksa kawan sebelah hentak kaki selang seli. Kawan depan suruh kocak-kocakkan air botol dan seterusnya. Cuba naikkan mode kelas yang bosan tadi kepada muzik-muzik yang menarik sehingga mampu membuatkan puan penceramah menari tanggo bersama-sama anda!!! Selamat mencoba!!! Adessss....rosak!
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Thursday, 23 June 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment