DAP kini berniat untuk menguasai Pulau Pinang untuk selamanya dengan memisahkan pulau itu daripada Malaysia seperti pernah berlaku terhadap Singapura. Berbekalkan fahaman komunis, DAP, yang merupakan parti serpihan dari Singapura cuba membawa fahaman sosialis ke dalam gerakan sarafnya di kalangan orang muda, termasuk orang Melayu.
Bermodalkan semua manusia adalah sama taraf, ramai orang muda terpedaya di Pulau Pinang dengan perjuangan itu termasuk menolak konsep ketuhanan. Dakwaan itu dikukuhkan lagi dengan pergerakan subversif komunis yang didedahkan oleh polis baru-baru ini.
Lebih malang gerakan itu dipercayai didalangi oleh pemimpin politik DAP, yang cuba menghasut golongan muda supaya berhaluan kiri dalam perjuangan mereka. Tujuannya adalah satu, iaitu mengekalkan DAP di Pulau mutiara untuk selamanya.
"DAP sememangnya parti serpihan komunis dari Singapura. Setelah Parti itu ditolak pegangannya oleh pemerintah. Mereka merancang gerakan subversif apabila hampir pada pilihan raya umum nanti dan ini termasuk mengugut pemimpin Umno dengan ugutan berbaur kekerasan,"
Malahan DAP lebih berani menundukkan Pas dan PKR dalam menunjukkan kuasanya dan ia terbukti apabila Pas sendiri sanggup meninggalkan perjuangan parti menubuhkan negara Islam sebaliknya menumpukan negara berkebajika.
"Malahan konsep negara Berkebajikan pernah diperkenalkan komunis dalam propaganda perang dunia kedua agar rakyat menyokong perjuangan parti itu.
" Seperti Adolf Hitler di Jerman ketika perang dunia kedua, mereka mendakwa kononnya orang Melayu dan Cina ditindas Pusat dan ramai yang terpengaruh dengan penipuan mereka,"
Mereka juga cuba memperlekehkan Islam dengan mengadakan pilihan raya masjid di negeri itu demi mengawal pengaruh mereka di kalangan orang Melayu.
Adalah malang jika ada pihak cuba menghancurkan negara melalui tindakan berhaluan kiri mengadakan perhimpunan haram oleh puak pengacau pada 9 Julai itu adalah salah satu tindakan terancang DAP.
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment