"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday, 3 June 2011

PAS meludah jilat balik...!

Pas nampaknya terus terkena sindrom terkena ludah sendiri. Makin hari Pas makin diperlihatkan dosa-dosa yang pernah dilakukan dahulu. Dalam isu mengkafirkan UMNO, Pas telah mem”fatwa” kan betapa tindakan UMNO mengadakan kerjasama dengan MCA dan MIC sebagai tindakan yang berdosa.

Namun pada hari ini jelas kelihatan apa yang diludahkan Pas terkena muka sendiri apabila Pas sekarang berkawan dan berdakap mesra dengan DAP. Paling dahsyat lagi Pas bukan saja berkawan dengan parti DAP yang kafir malah parti inilah yang paling lantang menolak prinsip perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam.

Itu belum masuk lagi isu kilang arak di Selangor, pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut, konsert dan sebagainya yang dulu bagi Pas cukup pantang. UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) diserang habis-habisan. Tetapi kini semuanya dihalalkan atas nama pakatan pembangkang.

Pas juga adalah parti yang kuat mencanangkan serangan terhadap UMNO kononnya mengamalkan kronisme dan nepotisme termasuk rasuah tetapi kini ibarat kata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Rakyat takkan lupa isu tajaan haji kepada Nik Aziz bernilai RM65,000 dari syarikat yang mendapat projek papan tanda di seluruh negeri Kelantan. Juga rakyat tidak lupa pelantikan Ariffahmi menantu Nik Aziz yang menjadi CEO kepada syarikat milik kerajaan negeri.

Terbaru dua anak pemimpin tertinggi Pas menang dalam pemilihan Dewan Pemuda Pas. Nik Abduh, anak Nik Aziz menang jawatan timbalan ketua Pemuda Pas manakala, Muhammad Khalil, anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang jawatan anggota jawatankuasa.

Inilah wajah Pas yang cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Meludah ke langit akhirnya tertempik ke muka sendiri.

Haji Aziz Maarof

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.