"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Wednesday, 29 June 2011

Nik Amar bakal menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan?

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Harakahdaily melaporkan MB Kelantan ke Uzbekistan bermula 28 Jun selama tiga hari dan selepas itu akan menunaikan umrah. Turut bersama ialah, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, exco kerajaan negeri Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Sulit Khasnya, Rosdi Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Abdullah Yaacob serta isteri masing-masing.

Senarai rombongan ini amat menarik untuk dikaji secara mendalam. Soalnya kenapa Mohd. Amar dan Nasharuddin dibawa bersama. Kedua-duanya diketahui umum bukannya daripada team Husam Musa.

Situasi ini jelas menunjukkan bahawa Nik Aziz telah memberi petunjuk kepada pemimpin Pas siapa bakal pengganti beliau. Nik Aziz sudah tidak mampu lagi untuk melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Besar kerana masalah kesihatan dan sering uzur disebabkan usia sudah lanjut.

Mohd. Amar sememangnya bakal pengganti yang paling sesuai dengan kesederhanaan dan latar belakang pendidikan agamanya dilihat individu yang paling layak untuk meneruskan kepimpinan ulama biarpun Pas tidak lagi memperjuangkan negara Islam.

Persoalan yang timbul untuk apa Nik Aziz ke Uzbekistan sejurus selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sana?. Adakah untuk menunjukkan Kerajaan Pas Kelantan sama hebat dengan Kerajaan Barisan Nasional atau pun 'ditaja'.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.