"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday 26 June 2011

Dua rakan blogger papagomo kena penyakit misteri?

Salam...

Merujuk kepada artikel yang ditulis oleh blogger Papagomo mengatakan dua rakannya telah dimasukkan ke hospital akibat penyakit misteri adalah sesuatu yang amat memilukan. Mana tidaknya, dalam mencari jalan kebenara adalanya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman samada secara zahiriah dan juga 'batiniah'. Atau dengan kata lain, jika tidak dilakukan secara nyata makanya terpaksa menggunakan cara yang halus untuk mendatangkan kesusahan kepada orang lain.

Pun begitu, kepada rakan-rakan blogger yang lain terutama sekali Papagomo yang tidak asing lagi dewasa ini seringkali menjadi tumpuan pihak pembangkang ekoran pendedahan demi pendedahan yang dibuat sudah tentu berhadapan dengan pelbagai ancaman. Justeru itu, selagi mana kita ikhlas mencari kebenaran yang hakiki, itu semua tidak menjadi masalah selagi kita setia bersujud kepada Allah yang maha esa kerana hanya kepadaNya kita berserah.

Atas sebab itulah, saya fikir apa yang blogger pro kerajaan dedahkan sejak akhir-akhir ini bermula dengan isu video klip seks Anwar Ibrahim, telah mengundang perasaan kuran senang dikalangan media pembangkang. Kebenaran demi kebenaran akhirnya di dedahkan kepada rakyat untuk "menzahirkan" siapakah sebenarnya pembangkang hari ini yang semakin terdesak akibat timbulnya rasa "was-was" dikalangan rakyat yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Pembangkang dilihat amat gusar dengan perkembangan terbaru yang melanda politik negara yang menyaksikan mereka sentiasa berhempas pulas untuk memperbaiki "rating" sokongan rakyat yang sudah berbelah bagi.

"Untuk itu, saya dan rakan blogger yang lain akan sentiasa mendoakan keselamatan rakan blogger Papagomo mudah-mudahan segera sembuh dan kembali mencari kebenaran  yang hak...AJ

Baca selanjutnya di blog Papagomo  >DISNI<

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.