"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Monday, 27 June 2011

Apa sudah jadi TV3? kakitangannya turut "mempromosi" berSHIT

Apa nak jadi kepada pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wardina Safiyyah yang turut mengambil bahagian dalam "mempromosikan" perhimpunan paling terkutuk di abad ini. Ini berikutan, penglibatan wanita ini dalam program anjuran Pakatan Rakyat Selangor semalam yang turut menyaksikan wanita ini berceramah menyokong gerakan himpunan Bersih 2.0

BACA Selanjutnya dan melihat gambar-gambar klik  >DISINI<

Justeru itu, apa sudah jadi kepada pengurusan TV3 yang mana kini dibawah naungan Media Prima. Adakah Datuk Johan Jaafar dan Datuk Farid Reduan hanya ingin memerhati sahaja perkara ini tanpa mengambil sebarang tindakan.

Walaupun stesen ini berstatus swasta, penglibatan kakitangannya dalam aktiviti parti yang menjurus kepada pembangkang adalah sesuatu yang menjagkalkan. Apatah lagi, TV3 sehingga kini sudah sinonim dengan media arus perdana yang menjadi medan informasi kerajaan.

Untuk itu, apa yang berlaku ini amat memalukan pengurusan TV3 dan Media Prima sekaligus meletakkan nama Datuk Johan Jaafar dan Datuk Farid sebaris dengan penganjur Bersih 2.0.

Tindakan sewajaranya perlu diambil ke atas Wardina yang terang-terang terlibat dalam aktiviti Bersih dan seolah-olah mencabar kewibawaan pengurusan TV3 untuk mengambil tindakan.

Pesan AJ cuma satu, kerajaan perlu 'gam' mana-mana artis yang terlibat perhimpunan Bersih 2.0 kerana difahamkan sebelum ini ada ramai lagi artis yang cuba memilih jalan seperti Wardina untuk menentang kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.