Salam..saya mencadangkan kepada kerajaan supaya Ambabiga dicalonkan sebaga Wakil Rakyat "Kem Kemunting" di Taping, Perak untuk satu jangka masa tertentu bagi meredakan keadaan kemarahan majoriti rakyat di negara ini. Namanya begitu 'popular' disebut-sebut oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang terlalu marah ekoran kedegilan untuk meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Jul 2011 akan datang.
Langkah terbaik adalah mengenakan ISA ke atas individu ini serta yang bserkongkol dengannya termasuk dari kalangan parti politik pembangkang PKR dan PAS( DAP cuma melihat dari jauh untuk bertepuk sorak setelah berjaya melaga-lagakan bangsa Melayu).
Akibat kebebalan dan kedegilan Ambiga dan konco-konconya, senario politik negara mungkin berhadapan dengan suasana huru hara. Saya melihat, penganjuran ini hanya bermotifkan politik untuk menjatuhkan kerajaan secara kotor melalui demonstrasi jalanan yang disertai oleh parti politik dan NGO's pembangkang.
Malah, tujuan perhimpunan ini bagi menuntut pilihanraya bersih adalah retorik semata-mata. Apa yang jelas, Ambabiga dan konco-konconya mempunyai niat yang tersirat setelah mendapat "green light" daripada Ketua Pembangkang iaitu Anwar Ibrahim.
Akibat terlalu terdesak dengan pelbagai isu yang menimpa dirinya, Anwar terpaksa menggunakan pengaruh Ambabiga serta pengikut setia "mencari altenatif" lain bagi mewujudkan suasana tidak tenteram dalam negara. Seterusnya berjaya menimbulkan suasana huru hara dalam negara dan membangkitkan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan.
Itulah antara faktor pendorong Ambabiga dan Anwar Ibrahim mencadangkan idea Himpunan Bersih 2.0 malah berjaya 'memukau" pemimpin PAS untuk turut serta dalam penganjuran ini.PAS seperti biasa, dianggap pak turut yang paling setia dengan Anwar Ibrahim tanpa berfikir panjang bersetuju dengan idea pencetus "huru hara" walaupun mereka tahu rakyat akan menentang sekeras-kerasnya.
Hari ini ribuan laporan polis telah dibuat menentang himpunan huru hara ini oleh pelbagai pihak sebagai isyarat jelas kepada kerajaan supaya menyegerakan tindakan ke atas penganjur. Jika tidak, suasana tegang mungkin tercetus pada tanggal 9 Jul 2011 yang akhirnya akan mendatangkan kerugian kepada negara. Bahkan, ianya akan memberi laluan kepada pembangkang supaya lebih agersif pada masa akan datang
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Monday, 27 June 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment