Parti PAS yang semakin hari seperti sudah tidak laku, dilihat semakin berusaha bersungguh untuk meyakinkan orang Melayu bahawa parti itu lebih baih jika dibandingkan dengan UMNO hari ini.
Mereka sanggup melabelkan apa saja kepada UMNO untuk mempertahankan parti mereka yang semakin hari semakin lesu dan tidak mendapat kepercayaan khususnya orang-orang Melayu malah yang tinggal hanya penyokong-penyokong 'hardcore' yang taksub membuta tuli menyokong idealogi sempit yang diperjuangkan PAS.
Seperti kata Haji Hadi yang menyeru kepada rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam supaya menyokong parti PAS dan meninggalkan UMNO dilihat sebagai 'umpan' atau jampi serampah daripada presiden yang tidak lama lagi akan berkubur dalam pemilihan muktamar PAS.
Alasan yang diberikan oleh Hj Hadi mudah iaitu UMNO dan BN sudah lama mentadbir negara ini tetapi tidak mengikut sepertimana yang diyariatkan oleh Islam. Dalam erti kata yang lain, negara ini masih berlandaskan sistem penjajah dan tidak berlandaskan Quran dan Hadis terutama dalam melaksanakan undang-undang.
Kalau betul PAS memerintah mengikut cara Islam, kenapa di Negeri Kelantan masih berada pada takuk lama dan tidak meletakkan Islam dalam pentadbiranya malah undang-undang Islam masih lagi belum ditegakkan.Berita tentang jenayah kekerasan seperti rogol, bunuh, dan penyeludupan di sempadan boleh dikatakan sentiasa ada di dada akhbar yang berlaku di negeri itu. Apa pendekatan Nik Aziz untuk mengurangkan kejadian ini daripada terus berleluasa di negeri itu. Kenapa tidak dijalankan Hudud, Qisas dan Takzir di negeri itu supaya menjadi contoh kepada negeri lain untuk diikuti.
Kata Hj Hadi,“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Berbeza dengan pula dengan pandangan yang dikemukakan oleh Idris Ahmad Albab yang menyatakan saranan PM supaya PAS bekerjasama dengan UMNO dianggap seperti ketam mengajar anaknya berjalan.
Dengan nada bongkak dan sombong yang ada pada diri pemimpin-pemimpin PAS, aku percaya parti ini tidak akan kemana kerana rata-rata rakyat sudah muak dan jemu dengan parti yang kononnya ingin memperjuangkan Islam tetapi hati mereka dipenuhi dendam kesumat dan riak yang tiada penyudahnya.
Aku yakin generasi muda yang dulunya bermati-matian memperjuangkan Anwar gampangan telah kembali ke jalan yang asal iaitu meneruskna agenda kerajaan yang sediada. Perkara ini turut diakui oleh kebanyakan kenalan-kenalan aku yang dulunya begitu taksub kepada Anwar kini semaksima yang mungkin menghentam cara kotor Anwar meluaskan pengaruhnya untuk mendapatkan kuasa.
No comments:
Post a Comment