"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Monday, 23 May 2011

DAP atau UMNO kaki fitnah..saksikan sendiri..!

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan Anggota Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, membayar RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah, dalam satu saman fitnah.


Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Jagdeep Singh Deo, yang mewakili Ooi, dan peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor mewakili Mohd Razali yang tidak dapat hadir kerana berada di Mesir kerana urusan rasmi sebagai anggota lembaga pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ).

jeff ooi and penang 2Hakim Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau "mad man" (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.

Hakim Vazeer Alam berkata berkata walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lepas, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi telah menggunakan perkataan itu.

Katanya mahkamah juga mendapati saksi yang dipanggil oleh Ooi iaitu pegawai khasnya, Teng Kar Yuen, tidak boleh dipercayai kerana Teng mempunyai hubungan dengan Ooi.

Ooi didakwa pada 1 Feb tahun lepas kerana memfitnah Mohd Razali dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam.

Kenyataannya itu telah disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan termasuk akhbar berbahasa Cina pada 2009.

--Bernama

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.