"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday, 3 April 2011

Tahniah MB Selangor Kerana 'Top' Melahirkan Anak Luar Nikah

Salam..

Tahniah Negeri Selangor yang telah berjaya meluluskan usul untuk memansuhkan undang-undang ISA yang dianggap zalim oleh parti pembangkang yang paling HAPRAK dan BANGGANG nak mampus di negara ini.  Kepada sesiapa yang berada di negeri Selangor mulai sekarang perlu bersedia kerana AJ percaya negeri itu akan dilanda masalah besar yang boleh memberi impilkasi kepada keselamatan rakyatnya. Baca di sini.


Kepada sesiapa yang ingin menjalankan kegiatan subversif dan kepada sesiapa yang terlibat dengan sindiket pemalsuan dokumen bolehlah bertapak di Negeri Selangor yang dipimpin oleh Khalid yang kini sedang mengidap penyakit Jiwa kerana BUTA HATI melihat undang -undang ISA yang diamalkan selama ini di negara kita.

Walaupun usul memansuhkan undang-undang ISA diluluskan di Negeri Selangor, usul berkenaan perlu mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk dilaksanakan kalau tidak, habuk pun tak dapat.

AJ juga berminat untuk memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Penyakit Jiwa supaya Dewan Negeri itu membahaskan usul menjadi negeri contoh kepada negeri lain berkaitan KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH. Mengikut statistik terkini, Negeri Selangor adalah negeri paling 'TOP' melahirkan anak luar nika itu seramai 257,000 sehingga tahun 2008. Angka ini tidak termasuk dua tahun selepas itu iaitu pada  tahun 2009 hingga 2010. TAHNIAH SELANGOR dan Khalid Penyakit Jiwa!




Mengikut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Hasan Mohamed Ali berkata berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.
 
Kenyataan ini dikeluarkan ketika beliau menjawab  soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Hassan berkata bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Antara alasan yang diberi berkaitan isu ini  adalah JAIS kekurangan kakitangan dalam menjalankan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan maksiat yang menjurus kepada kelahiran ank luar nikah di negeri itu.


Itulah jawapan bodOh oleh seorang yang bergelar Wakil Rakyat bagi mengelakkan diri daripada dihentam oleh Wakil Rakyat BN. Apa yang berlaku bukan setakat peranan pihak berkuasa kerana perkara pokok yang mesti dilakukan adalah Negeri Selangor Negeri terbanyak menyediakan Pusat hiburan, pusat segala pusat aktiviti maksiat.

Mereka tidak boleh menyalahkan BN berkaitan perkara ini kerana dalam tempoh PR mengambil alih pemerintahan  yang diketuai oleh Khalid Penyakit Jiwa, masih tidak dihapuskan pusat pusat kegiatan maksiat yang semakin menjadi jadi di Negeri Selangor.

@AJ@

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.