"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday, 17 April 2011

Kerajaan PAS Kelantan : Kepimpinan Tauladan atau 'Menyusahkan' Rakyat?

Kerajaan Pas Kelantan diminta mengkaji semula cadangan mengambil alih tanah yang diduduki penduduk di beberapa buah kampung di sini untuk tujuan pembangunan.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata sebelum cadangan itu dilaksanakan, kerajaan negeri perlu mengkaji daripada segi status tanah dan penempatan semula penduduk yang terlibat.

“Ini tanah berstatus pegangan bebas dan bukannya penempatan setinggan. Banyak perkara kena kaji jika cadangan ini diteruskan termasuk ke mana penduduk terbabit akan ditempatkan,” katanya selepas menemui penduduk di Jalan Che Su, di sini hari ini.


Mohd Fatmi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu berkata penduduk terbabit mengadu tanah mereka serta di beberapa buah kampung di tepi Sungai Kelantan itu akan diambil semula oleh kerajaan negeri bagi projek pembangunan.

Terdapat lebih 40 keluarga tinggal di sepanjang Jalan Che Su. Mohd Fatmi kemudiannya menziarahi jurugambar Pertubuhan Berita NasionalMalaysia (Bernama) Zahari Abdul Razak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian yang menjalani pembedahan di bahagian usus.

Zahari yang disahkan menghidap usus bengkak dan hernia itu dimasukkan ke HUSM sejak semalam, selepas mengadu sakit perut sewaktu membuat liputan acara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pasir Puteh.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.