"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Saturday, 9 April 2011

Dilema Pihak Polis Yang dilabelkan Bertindak Ganas Oleh Pembangkang!

Berikutan kematian seorang pegawai kanan kastam dua hari yang lepas, ada beberapa individu cuba berhimpun di perkarangan Pejabat SPRM Selangor sebagai tanda protes dan mereka ini dipercayai ditaja oleh pihak tertentu untuk mencetuskan suasana yang kurang disenangi oleh segenap lapisan masyarakat yang masih berfikiran waras.



Soal kematian itu adalah kehendak Allah dan kita sebagai hambanya perlu redha dengan apa yang telah berlaku disamping memberi peluang kepada pihak yang berkenaan seperti Polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci. Yang salah tetap salah kiranya kematian itu bukan berpunca daripada kemalangan atau dengan kata lain ada cubaan untuk membunuh.

Apabila pihak polis bertindak menyuraikan perhimpunan, mereka dilabelkan bertindak ganas ke atas masyarakat dan sekiranya dibiarkan. Apakah kita ingin melihat suasana di negara ini sama sepertimana yang berlaku di Timur Tengah dan lain-lain negara yang dilanda konflik?? Jangan kerana 'marahkan nyamuk, kelambunya dibakar' kelak yang rugi adalah bangsa kita sendiri dan kepada mereka yang cuba menyalakan api provokasi  kepada rakyat, seharusnya dihentikan segera kerana nikmat keamanan yang dikecapi dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini bukannya sesuatu yang datang menggolek.


@AJ@

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.