Akibat ingin menonjolkan diri menjadi juara kepada pelajar-pelajar yang lain, inilah yang berlaku kepada pelajar di IPT yang sanggup bersekongkol dengan pembangkang bagi menentang dasar-dasar kerajaan yang sediada untuk meneruskan kesinambungan pembangunan negara.
Dalam masa yang sama, pembangkang memang tidak dinafikan bijak mempergunakan mahasiswa ini untuk tujuan kepentingan politik mereka dengan alasan terlibat dalam konvoi jelajah. Manakala bagi mahasiswa pula, apakah anda tidak berasa malu dengan kerajaan yang banyak membantu menyalurkan bantuan bagi kemudahan pengajian anda di universiti.
Apakah bentuk kezaliman yang telah kerajaan lakukan terhadap mahasiswa selama ini?.Adakah peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bahawa mahasiswa tidak boleh menceburi pentas politik menjadi punca anda semua berbuat demikian?Tepuk dada tanya diri sendiri apakah yang anda lakukan ini cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Jangan menganggap diri kita terlalu bijak untuk berhujah dengan ilmu yang baru dua tiga titik di dada sehingga kita lupa dari mana asal usul. Jangan meletakkan diri diri kamu di landasan yang salah ekoran termakan umpan busuk parti pembangkang sehingga boleh membawa kepada kebinasaan diri dan keluarga.
@AJ@
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment