Salam...
Nak muntah aku dengar bila ada ADUN dari parti pembangkang berjanji nak bagi peruntukan yang besar kepada Sekolah Agam Rakyat (SAR) khususnya di Selangor. Manakan tidaknya, ahli dan wartawan PAS yang bodoh ni memang dasar tak pandai bersyukur dengan apa yang dikecapi selama ini.
Kerajaan Pusat bukan menghentikan bantuan dan peruntukan tetapi mengambil kira silibus yang disediakan di SAR berkenaan kerana majoriti SAR yang dimiliki oleh PAS ini pendekatannya amat berbeza. Anda pernah dengar bila murid ingin memasuki kelas perlu menyanyikan lagu yang MENYANJUNG Parti PAS dan TOK GURU MEREKA, manakala pernah berlaku guru SAR mengarahkan murid murid MEMIJAK MIJAK gambar pemimpin negara yang sediada.
Inilah kebodohan pimpinan PAS yang sehingga hari ini masih tak nak mengaku kesilapan dan kejumudan yang diamalkan oleh parti mereka.
Justeru, AJ berharap kepada yang menulis artikel berkenaan sedar diri sikit jangan asyik nak memuji lebih lebih kepada parti DAP kerana takut nanti jadi merempat ibarat kata pepatah ' MENANG SORAK KAMPUGN TERGADAI'
Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR). Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.
Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.
Hari ini masuk hari kedua persidangan Dun Selangor untuk penggal pertama sidang kedua belas yang dirasmikan Sultan Selangor pada 28 Mac lalu dan sesi sidang pula bermula semalam sehingga 5 April depan.
Dr Halimah di dalam jawapannya, menyatakan ucapan terima kasih di atas perhatian tinggi Adun Sekinchan itu meskipun bukan beragama Islam tetapi tetap prihatin dengan perihal SAR berbanding dengan pembangkang yang bersikap sebaliknya.
Terdahulu, ketika menjawab soalan asal, Dr Halimah berkata, sebanyak 769 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Semua bantuan itu, jelasnya, berjumlah RM32 juta bagi tahun 2009 dan 2010 dalam usaha mencapai matlamat kerajaan memperkasakan pendidikan di negeri ini sebagai Hub Pendidikan dan Hub Ilmuan.
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Thursday, 31 March 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment