"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 29 March 2011

Hilangnya kuasa politik hilanglah identiti bangsa

Orang malaysia kena baca tawarikh dunia dan jangan terkongkong dengan membaca sejarah melayu, cina, india dan inggeris 50 tahun kebelakangan ini sahaja. Setiap oarang mesti mahir tawarikh dunia supaya kita sedar  tentang asal usul dan nilai nilai yang perlu dianuti di negara yang kita duduki.. Tawarikh juga menyedarkan kita betapa pentingnya survival sesuatu etenik, kaum, masyarakat dan seterunya sesuatu bangsa di atas muka bumi ini. 


Jangan fikirkan nasib yang menentukan masa depan sesuatu bangsa tetapi  keikhlasan, keimanan, ketelusan,keilmuan, kekuatan fizikal/mental dan  bahasa bangsa tersebut   adalah tunjak kepada memartabatkan sesebuah bangsa. Perkara ini  boleh dilihat dalam sejarah kehilangan bahasa dan sesuatu bangsa dari alam fana ekoran perpecahan dan percakaran sesama bangsa itu sendiri. Dan kesempatan ini diambil oleh musuh mereka yang inginkan bangsa tersebut  hancur dan hilang dari peta dunia.  Kebanyakan pribumi dan orang asal yang wujud 1000 tahun dahulu di kawasan pedalaman seperti di Austarlia dan Amerika kini telah kehilangan wadah bangsa mereka dan merempat di negara sendiri. Ini kerana mereka tidak bersatu dalam suasana politik  zaman ketika itu dan sering berperang sesama sendiri. Orang luar kini menjadikan mereka sebagai bahan sejarah. Di Australia pribumi ini  dipinggirkan dan kebanyakkan mereka akan hapus dari tPulau Besar Australia kerana pribumi ini menjadi buta huruf dan kaki botol.........bab (1)

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.