Antara tokoh-tokoh lain yang dikatakan berminat dan disebut-sebut untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat ialah Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS Pusat) dan juga Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS Pusat .Ketiga-tiga tokoh ini dilihat ada keinginan untuk mengisi jawatan tersebut berdasarkan populiriti yang ada pada setiap individu berkenaan.
Persoalannya disini, kenapa Nasharuddin Mat Isa begitu mudah memberi laluan kepada tokoh lain sedangkan beliau baru sepenggal memegang jawatan berkenaan malah ‘post’ Timbalan Presiden Pusat boleh dikatakan mempunyai kelebihan untuk membuat sebarang keputusan bagi meneruskan agenda parti PAS.
Berdasarkan kepada beberapa ‘info’ yang diperolehi daripada beberapa pemimpin PAS sendiri mengatakan bahawa Nasharuddin Mat Isa telah ‘merajuk’ terhadap pimpinan tertinggi parti PAS kerana dikatakan sebagai ‘tali barut’ kepada UMNO dan membawa perjuangan PAS kea rah yang lebih ‘liberal’ berbanding dengan tokoh yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan berkenaan.
Perkara ini memang diakui berdasarkan kepada senario sebelum ini yang mana PAS pernah diajak berunding oleh UMNO untuk membetuk kerajaan perpaduan. Pada masa itu, Presiden PAS, Datuk Hj Abdul Hadi Awang juga lebih bersifat terbuka untuk duduk semeja dengan pimpinan tertinggi UMNO dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan.

Apa yang menarik, kedua-dua pemimpin terntinggi parti ini iaitu Datuk Hj Hadi dan Nasharuddin dilihat lebih mengambil pendirian ‘berdiam diri’ sekiranya ada isu-isu yang timbul melibatkan pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Sebagai contoh dalam isu terbaru yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan video klip seks dengan seorang pelacur cina tidak diulas secara terperinci apakah pendirian parti PAS terhadap isu berkenaan?
Justeru, yang jelasnya pendirian dan pandangan Hj Hadi dengan Nik Aziz adalah berbeza kerana awal-awal lagi Nik Aziz sudah menafikan bahawa ‘pelakon seks’ dalam video klip tersebut bukanlah Anwar Ibrahim malah menuduh isu ini sengaja ditimbulkan UMNO bagi tujuan menghancurkan karier politik Anwar Ibrahim. Adakah Nik Aziz sudah melihat video berkenaan kerana awal-awal memberi kenyataan sedemikian? Ataupun sengaja ingin menutup aib rakan dalam pakatan. Kiranya pelakon dalam klip video berkenaan ternyata Anwar, apakah pula jawapan Nik Aziz? Sepatutnya Nik Aziz terlebih dahulu melihat sendiri video klip berkenaan bagi mendapat kan kesahihannya dan barulah membuat sebarang komen kepada media..
@AJ@
No comments:
Post a Comment