"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday 28 October 2011

Terbaru : Azli Taleban kata sembelihan orang UMNO sama sembelihan orang kafir

Jika sebelum ini Azli Taleban pernah menimbulkan kontroversi berikutan kenyataannya yang melabelkan Mufti Perak makan duit hasil judi dan hasil jual babi, kali ini satu lagi kontroversi terbaru dicetuskan oleh Azli Taleban iaitu menyifatkan "SEMBELIHAN ORANG UMNO TIDAK SAH DAN SAMA SEPERTI SEMBELIHAN ORANG KAFIR DENGAN ALASAN TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD".


Hmm memang dasar Islam yang dibawa oleh Azli Taleban hanya Islam berasaskan nafsu bukan Islam syumul yang digariskan Islam sebenar. Kenyataan ini memang panas dan telah mengundang reaksi kurang senang dikalangan orang bukan Islam khususnya di Negeri Perak.

Yang pelik, kenyataan ini hanya dikeluarkan ketika berceramah dihadapan 99% orang Melayu di Bukit Gantang pada 25 Okt yang lalu. Jika di kawasan majoriti Cina dan India khususnya di Ipoh Barat penyangak agama ni tidak pula berbuat demikian. Kenapa?? Tida perlu perjelas lanjut kerana anda semua tentu sedia maklum bahawa ungkapa sedemikan akan memberi kesan kepada sokongan pengundi Cina dan India kepada parti PAS.

Bagi Azli Taleban orang-orang UMNO sama diibaratkan seperti orang kafir manakala ahli dan pemimpin PAS serta yang menyokong parti mereka sahaja Islam. Itu kata dia, tetapi pandangan saya pula mungkin berbeza kerana Azli Taleban sebenarnya bukannya Islam tetapi 'DAJJAL' yang menjadi perosak kepada agama Islam yang suci bertopengkan serban dan janggut panjang semata-mata.


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.