"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday 28 October 2011

Bongkar ! Kenapa bekas Pengarah Pendidikan Perak menyertai PAS

Adakah anda kenal siapa Dato Adnan Ibrahim? Mungkin ada yang kenal mungkin ada yang masih tertanya-tanya siapa tokoh yang saya maksudkan di atas. Untuk pengetahuan anda semua, Dato Adnan Ibrahim merupakan bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak yang kini dikatakan bergiat aktif dalam aktiviti kepartian PAS.

Dato Adnan Ibrahim merupakan salah seorang daripada dua pegawai tinggi kerajaan yang menyertai PAS setelah bersara wajib. Manakala seorang lagi yang tidak asing lagi di negeri ini iaitu  bekas Laksamana Pertama Imran Abd Hamid yang merupakan pegawai tinggi TLDM Lumut kini aktif dalam PAS di kawasan Lumut.


Ketika itu, heboh dalam media pembangkang merasa bangga ekoran tindakan yang dibuat oleh kedua-dua bekas pegawai tinggi kerajaan ini untuk bersama-sama parti PAS dan menjadi penentang kepada kerajaan sediada.

Pada awal penyertaan Dato Adnan menyertai PAS dengan alasan mendapat hidayah dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Itu cerita dulu yang mana selebihnya tidak diketahui umum. Namun, info terbaru yang saya terima dari pihak yang rapat dan boleh dipercayai, tindakan Dato Adnan Ibrahim menyertai PAS sebenarnya disebabkan perasaan kecewa dan tidak puas hati terhadap kerajaan yang tidak meluluskan permohonan untuk mendirikan sebuah stesen minyak.

Adakah dengan sebab permohonannya untuk memiliki sebuah stesen minyak tidak diluluskan menyebabkan beliau terus menghukum kerajaan lalu menyertai parti PAS. Adakah semenjak Dato Adnan memegang jawatan Pengarah Pendidikan Negeri Perak tidak terlintas untuk menyertai PAS atau takut kedudukan dan gaji serta elaun yang dinikmati akan terjejas??.

Semasa menjawat jawatan Pengarah sudah tentu, semua 'free' termasuk, penginapan, guna kereta kerajaan, tidak perlu memandu sendiri. Pendek kata semuanya percuma bahkan dapat buat tuntutan lagi. Halalkah duit itu untuk diberi anak dan isteri makan dan pernahkah beliau terfikir bahawa dia akan mati dan dihisab. Nauzubillah.

Justeru, berpada-padalah wahai Dato Adnan Ibrahim kerana PAS belum tentu menjamin keluarga kamu untuk dibawa ke Syurga Allah....

P/S : Yang haram tetap haram dan yang halal adalah sebaik-baik rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Dia kata sebab masuk PAS kerana hidayah Allah atau sebab tak dapat kelulusan mendirikan stesen minyak????.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.