Salam..
"Kami para pendokong Pakatan Rakyat menyeru kepada Anwar Ibrahim dan keluarga meluangkan masa untuk mengerjakan umrah di tanah suci Mekah Al Mukarammah. Ini antara luahan terbaru yang kedengaran menyatakan pendirian supaya anwar dan keluarga pergi ke Mekah berdoa kepada Allah di hadapan Kaabah bagi diberi kekuatan dan semangat walaupun dizalimi, difitnah, dan dimaki kononnya oleh Keajaan BN dan UMNO yang tidak putus-putus menggunakan cara jijik untuk mengekalkan kuasa".
Sungguh lantang suara sumbang bedebah dikalangan ahli PAS yang berkata demikian. Jika Anwar banggang bapak pembohong rakyat betul-betul difitnah kenapa sampai sekarang masih berdiam diri setelah diasak bertubi-tubi oleh tiga individu yang bukannya ahli politik.
Pertama, kenapa sampai sekarang Anwar banggang masih berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas Datuk Nalakaruppan yang begitu teruja mengkritik dan mencemuh Anwar dengan pelbagai kisah.
Siapa dia Datuk Nala bagi Anwar satu ketika dulu. Segala harta rakyat dan sumber kekayaan negara ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri diberi tugas kepada Datuk Nalla untuk memastikan sumber harta berkenaan tidak terlepas ke tangan orang lain. Siapa yang menjadi pembekal wanita kepada Anwar ketika itu? Malah demi menjaga hubungan baik, mereka berdua sanggup berkongsi apa saja demi memastikan agenda terselit haram dapat dicapai.
Yang kedua, kenapa hingga sekarang Anwar tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Datuk Eskay yang sudah mengaku bahawa lelaki kedua dalam klip video berkenaan adalah dirinya. Kenapa Anwar takut untuk menyaman Datuk Eskay sedangkan jelas sekali bahawa Datuk Eskay merupakan salah seorang individu bertanggungjawab menayangkan video kepada wartawan di lobi parlimen.
Seterusnya, yang paling terhangat dan gempar sekarang ini ialah kesanggupan Umi Hafilda Ali menyertai program ceramah anjuran UMNO di seluruh pelosok negara untuk memberitahu rakyat tentang perilaku sebenar Anwar dan Azmin yang juga abang kandungnya. Hingga membuat pendedahan berani bahawa ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, Azmin telah direkrut oleh Anwar untuk menjadi pengikut setianya kerana mempunyai potensi untuk menjadi seorang pemimpin.
Kata Umi, Anwar ketika itu sanggup menghantar Azmin ke luar negara untuk melanjutkan pengajian yang mana ketika itu Azmin terpaksa meningggalkan Shamsidar bersendirian bersama anaknya di Malaysia. Di sinilah bermula bibik-bibik hubungan sulit antara Anwar dan Shamsidar yang sanggup membelakangkan Wan Azizah semata-mata untuk melempiaskan hawa nafsu yang ketika itu sedang membuak-buak.
Justeru itu, beranikah Anwar untuk pergi ke tanah suci Mekah Al Mukarammah untuk bermujahadah kepadA Allah SWT di hadapan Kaabah bagi tujuan menyahut cabaran penyokong setia Anwar.Yang pasti, jika niat sudah terpesong untuk ke Mekah kerana terpaksa, maka tunggu saat dan ketika musibah datang dengan kadar yang segera.
Inilah yang ditakuti oleh Anwar untuk ke Mekah kerana niat liciknya setakat ini belum tercapai iaitu menduduki singahsana Putrajaya sebagai Presiden Malaysia. Selagi tidak tercapai hasrat itu, Anwar akan melakukan apa saja di negara ini termasuk sengaja mencetuskan suasana huru hara jika keadaan terpaksa.
INGAT ANWAR, INGAT LIWAT DAN ZINA...
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Thursday 19 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment