GEORGE TOWN – Kehadiran peniaga haram di pekarangan Pasar Besar Chowrasta di sini bukan perkara baru. Bermula dengan hanya beberapa penjaja kira-kira 20 tahun lalu, kini terdapat kira-kira 150 peniaga haram yang berniaga setiap hari di sini bermula pukul 6.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Bagi peniaga di pasar itu, kebanjiran penjaja haram di situ memang telah lama menyekat rezeki mereka kerana terpaksa bersaing untuk memancing pelanggan. Aktiviti penjaja haram ini juga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai apabila semua petak letak kereta di sini habis dibolot mereka termasuklah kawasan kaki lima untuk meletakkan barang-barang.
Apa yang menghairankan, aktiviti perniagaan ini seolah-olah kebal daripada penguatkuasaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) apabila tindakan demi tindakan yang diambil sebelum ini nyata tidak berkesan. “Memang tak adil, kami kena bayar sewa RM70 sebulan bagi setiap meja di sini tapi penjaja haram pula berniaga percuma,” ujar seorang peniaga, Ah Tan, 43.
Katanya, MPPP sepatutnya perlu mengambil kira kepentingan para peniaga berlesen di pasar besar itu dan perlu bertindak mengikut peruntukan undang-undang demi kepentingan orang ramai. “Kami harap, pihak penguatkuasaan dapat mengambil tindakan tegas ke atas penjaja-penjaja haram itu demi keadilan kami yang membayar sewa setiap bulan,” katanya.
Sumber : Kosmo online
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Thursday 19 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment