Berdasarkan luahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beliau menyifatkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa ‘jenama politik perkauman’ ke negeri terbesar di Malaysia itu. Jawapannya adalah tetap 'YA' 100%.
Saya secara jujurnya saya mengakui bahawa DAP membawa telah berjaya membawa politik perkauman berdasarkan perlembagaan DAP yang dilihat semakin besar kepala berdasarkan ucapan pemimpin mereka. Berbeza dengan UMNO termasuk Tun sendiri memperjuangkan politik untuk kepentingan semua kaum di negara ini.
Selepas selesai pilihan raya dan keputusan pun sudah dibuat di mana kerajaan pula sudah dibentuk, maka masing-masing buat kerja untuk membela rakyat tanpa berpihak kepada mana-mana kaum. Tumpuan harus diberikan kepada rakyat yang masih setia memberi sokongan kepada kerajaan.
Dalam pada itu, kerajaan tidak seharusnya sewenang-wenangnya bersikap terbuka kepada mana-mana pihak yang cuba mewakili kaum masing-masing yang dilihat sudah berani memperjuangkan sesuatu perkara melalui cara berdemonstrasi. Sekiranya situasi ini dibiarkan tanpa tindakan tegas oleh kerajaan, nescaya suasana aman yang dikecapi selama ini pastinya akan tergugat oleh anasir-anasir perjuangan sempit yang ditunjangi oleh DAP.
Selain itu kita perlu mengajar anak bangsa kita supaya lebih bersikap adil kepada kerajaan dan jangan mudah menyalahkan kerajaan dalam sesuatu perkara. Ini kerana kerajaan sentiasa memberi ruang kepada golongan seperti ini untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka melalui pendekatan berdiplomasi.
Jangan pula kita mengajar anak bangsa kita menjadi jaguh penderhaka kepada pemimpin oleh sebab perkara yang remeh dan asas ini berbalik kepada cara Islam mendidik umatnya supaya taat dan patuh kepada pemimpin selagi kerajaan tidak menzalimi rakyatnya. Namun begitu, sekiranya pembangkang membaca artikel ini sudah pasti mereka kurang berpuas hati kerana anggapan mereka terhadap kerajaan masih ditakuk lama iaitu kerajaan pimpinan BN zalim terhadap rakyat.
Persoalan sekarang, adakah negeri dibawah pimpinan pembangkang yang 'menhebohkan' kepada dunia bahawa mereka telah melaksanakan Islam dalam pemeritahannya seperti di Negeri Kelantan dan juga Kedah dibawah pimpinan PAS. Untuk itu, terserah kepada pembaca semua untuk membuat penilaian samada PAS sudah berada di landasan Islam ataupun sekadar retorik politik semata-mata bagi mendapatkan kuasa yang kemudiannya mempergunakan rakyat untuk menyebelahi parti PAS.
Jsuteru itu, apabila dikupas isu politik perkauman yang dibawa oleh DAP di Sarawak perlu dilihat dari sudut yang positif bagi menjamin kestabilan politik di negara ini kekal terjamin sehingga ke generasi yang akan datang. Mereka juga perlu menjalani kehidupan dalam suasana yang harmoni tanpa rasa takut akibat sentimen perkauman yang dicanang oleh pembangkang khususnya DAP.
Apakah PAS sanggup selama-lamanya dipergunakan oleh DAP bagi mengekalkan empayar kuasa mereka (PAS) semata-mata memenuhi tuntutan ingin menakluk kuasa atau melunaskan dendam yang tersemat selama ini kepada UMNO. Tepuk dada tanya hati dan berfikir menggunakan akal yang waras demi mengekalkan survival politik Melayu di negara ini.
TK
@AJ@
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Tuesday, 19 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment