"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 19 April 2011

Pilhanraya Singapura : Apakah Strategi DAP bagi Mengekalkan Legasi Dinasti Lee di Singapura..!

Kerajaan Singapura hari ini mengumumkan pembubaran Parlimennya, sekali gus membuka jalan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 republik itu diadakan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Presiden Singapura SR Nathan membubarkan Parlimen selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Pilihan raya umum itu akan menjadi ujian pertama kepimpinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.Hsien Loong, anak sulung Perdana Menteri pertama Singapura dan Menteri Mentor Lee Kuan Yew, dilantik ke jawatan itu pada Ogos 2004.

Sebelum ini, beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri sejak 1990.Writ Pilihan Raya yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri menyebut bahawa penamaan calon akan diadakan pada 27 April dan pengundian pada 7 Mei 2011 akan datang.


Dalam pada itu, apakah strategi DAP Malaysia untuk membantu kelancaran proses pilihanraya di Singapura bagi mengukuhkan lagi legasi dinasti Lee Kuan Yew. Secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan antara DAP dan PAP dalam usaha meluaskan lagi empayar pemerintahan mereka.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.