"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 20 September 2011

Husam Musa saman blogger Kickdefella RM5 juta

Disebabkan tidak tahan menerima cemuhan, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya menersi tiga artikel tahun ini. Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Baru petang ini.


Defendan diminta menyiarkan permohonan maaf dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk ‘Husam telah menipu rakyat dan sahabat’ pada 27 Januari 2011, artikel ‘Sebelum kita lupa Normalam Sudirman’ yang diterbitkan pada 3 Februari 2011 dan artikel ‘Husam itu pembohong’ pada 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian Bahasa Malaysia selama satu hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Berdasarkan info yang boleh dipercayai, sekiranya menang dalam saman itu, Husam akan menyalurkan wang tersebut kepada dana pilihanraya parti PAS.


Monday, 19 September 2011

Tuan Ibrahin pula jadi penjilat DAP

Apabila kecoh di pelusuk negara mengenai hasrat DAP untuk menukar wajah bendera Malaysia, akhirnya penjilat terbaru mereka Tuan Ibrahim memberi jaminan bahawa perkara itu tidak akan berlaku. Siapa PAS untuk menghalang DAP daripada meneruskan agenda jahat mereka untuk menjadikan negara Malaysia lebih liberal dan demokrratik.


PAS sepatutnya cermin diri mereka terlebih dahulu sebelum mempertahankan rakan pakatan mereka secara membuta tuli tanpa mengambil kira kepentingan orang-orang Melayu. Sampai begitu sekali PAS mendabik dada kepada DAP demi kuasa politik.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.


“Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun...


“Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan, katanya dalam satu kenyataan media.


Tuan Ibrahim mengulas bidasan Umno terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP, M Manoharan (kanan) yang juga ADUN Kota Alam Shah dalam Twitter beliau baru-baru ini menyatakan akan bertindak menukar corak bendera Malaysia sekiranya Pakatan menang.

- Malaysiakini Haprak

Kena tumbuk ketika berdebat live di TV

Seorang hartawan Rusia yang memiliki dua stesen televisyen di Britain, Alexander Lebedev menumbuk seorang ahli perniagaan, Sergei Polonsky dalam satu rakaman perdebatan di stesen televisyen NTV, lapor sebuah akhbar semalam.


Dia dikatakan menumbuk Polonsky di depan sejumlah penonton sehingga menyebabkan ahli perniagaan itu melarikan diri dan terjatuh dari pentas. Lebedev berkata, dia terpaksa bertindak menumbuk ahli perniagaan tersebut kerana bimbang akan ditumbuk terlebih dahulu. Ketika kejadian, kedua-dua ahli perniagaan itu berdebat mengenai krisis ekonomi global.



P/S : Tidak mustahil satu hari nanti benda macam ni akan berlaku di Malaysia.

Pertandingan Miss Bikini Malaysia di Pangkor perlu dihentikan

Kerajaan seharusnya mengambil langkah awal dengan menghentikan penganjuran FULL MOON BEACH PARTY yang turut mempertandingkan MISS BIKINI MALAYSIA di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti. Tambahan pula, kawasan Pangkor merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar yang sudah tentu akan mencemar imej  beliau selaku ADUN di kawasan berkenaan.

Kata EXCO Pelancongan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman, walaupun pertandingan itu dianjurkan oleh pihak swasta, namun berdasarkan prinsip dan budaya ketimuran yang selama ini dipegang, pihak Kerajaan Negeri akan bertindak mengarahkan penganjur supaya membatalkan acara Miss Bikin.

Menurutnya lagi Kerajaan negeri memang tidak tahu menahu mengenai pertandingan Miss Bikini ini akan diadakan di Perak. Pertandingan seperti ini tidak seharusnya diadakan bukan sahaja di Perak malah di Malaysia kerana sudah tentu akan memberi impak negatif malah memalukan negara. Tambah Hamidah, pertandingan berkenaan adalah sama sekali bertentangan dengan norma-norma kehidupan Timur malah ia bertentangan dengan agama Islam.

Justeru katanya, pihak penganjur seharusnya faham akan kepentingan sensitiviti agama di negara ini sebelum bertindak sewenang-wenangnya mengadakan sebuah pertandingan yang mempersembahkan wanita separuh bogel.

- Perak Today

Malaysiakini haprak kata Bangla pula diberi kewarganegaraan untuk mengundi

Portal belaan pembangkang Malaysiakini sekali lagi tidak serik berbohong mendakwa Bangla yang bekerja di negara ini diberi taraf kewarganegaraan mudah semata-mata untuk mengundi. Kenyataan banggang ini dilaporkan Malaysiakini durjana dalam Laman web Biro Hal Ehwal NGO Pejabat Perdana Menteri Bangladesh.


Mengkiut portal Malaysiakini haprak lagi, Pejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan telah menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lepas.

Menurut laman web itu, Hasina telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menurut sumber dengan kedudukan yang tinggi mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.Baca lagi DISINI.

Sunday, 18 September 2011

Siapa sebenarnya menentang Hudud? Tun Dr Mahathir atau Karpal Singh

Rayuan Nik Aziz supaya Perdana Menteri Dato Seri Najib mempertimbangkan semula perlaksanaan undang-undang Hudud di Negeri Kelantan disifatkan sebagai meraih simpati kerana sememangnya PAS tidak berjaya melaksanakan udang-undang itu sebelum ini.

Dakwaan kononnya undang-undang itu terpaksa ditangguhkan berikutan mendapat tentang daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir langsung tidak masuk akal. Jika benar, PAS ingin melaksanakannya kenapa tidak diteruskan dan sengaja menuding jari kepada mantan Perdana Menteri.

Sudah lebih 20 tahun PAS memerintah Negeri Kelantan namun hingga sekarang belum berjaya melaksanakannya. Alasan tidak menerima restu daripada kerajaan pusat tidak boleh diterima sama sekali. Jika mereka (PAS) berjaya melaksanakannya, sudah tentu kerajaan pusat sedia mempertimbangkannya untuk diamalkan di seluruh negara.



Namun persoalannya, adakah rakan pakatan mereka seperti DAP memberi restu sekiranya Hudud dilaksanakan? Kita sudah sedia maklum bahawa, DAP tetap berkeras dengan pendiriannya bahawa akan menolak sama sekali undang-undang Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS. Justeru, adakah wajar PAS menyalahkan Perdana Menteri dalam soal perlaksanaannya.

Ini sebenarnya satu lagi retorik PAS untuk mengalih perhatian rakyat seolah-olah Hudud yang ingin dilaksanakan tidak mendapat restu daripada Kerajaan Pusat. Hakikatnya, undang-undang ini mendapat tentangan hebat daripada rakan pakatan mereka sendiri iaitu DAP.

Pernah satu ketika, Karpal Sigh selaku Pengerusi DAP memberi kenyataan bahawa PAS perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu jika benar ingin melaksanakan Hudud. Justeru, konflik antara rakan pakatan mereka menyebabkan PAS terpaksa menghentikan niat untuk melaksanakan Hudud sekaligus menyalahkan bekas Perdana Menteri. Selanjutnya baca DISINI.
Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.